Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Monday, December 14, 2009

0
Komen

.: Jemputan Kahwin Ke Rumah Ustaz Amin:.

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN




PELAN KE RUMAH PENGANTIN



Ustaz menjemput semua ahli JPPI@RAPI ke rumahnya di KEDAH...
0
Komen

.:Untuk Yang Membina Masjid:.

Sedarilah, bernikah adalah sebahagian daripada dakwah dan perjuangan. Membangunkan umat perlu dilakukan seiring dengan membangunkan peribadi muslim, mewujudkan peribadi muslim inilah yang menjadi dasar dalam menegakkan keluarga islam. Apabila jumlah keluarga islam sudah banyak maka akan lahirlah sebuah masyarakat muslim yang akan menjadikan islam sebagai akhlak dan amalan hidupnya. Inilah jalan yang diajar oleh Rasullah bagi membagunkan umat.

Ketahuilah si suami...

Perempuan tajam perasaannya, perasaan seorang perempuan labih dalam daripada lautan. Perasaan ini dapat meruntuhkan gunung. Kerana itu fahamilah perasaan isterimu dan perlakukanlah dia dengan baik dan adil. Kerana lelaki yang paling mulia adalah yang mampu bersikap baik terhadap isterinya.

Wahai si isteri....

Ketahuilah lelaki banyak menggunakan fikiran dan sangat tipis perasaannya. Kerana itu taatilah suamimu selagi dia tidak melanggar ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Seorang perempuan yang melakukan solat, membayar zakat berpuasa pada bulan Ramadahan, dan mentaati suaminya akan diamasukkan Allah kedalam syurga-Nya,

Wahai si suami dan isteri...

Sedarilah kalian bernikah dengan pasangan yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Kerana itu, belajarlah memahami kekurangan dan kelemahan masing-masing. Siapa yang akan mengharapkan kesempurnaan daripada suami ataupun isterinya akan kecewa dan keluarganya tidak akan bahagia.
Berkeluarga adalah bagi menegakkan hukum dan ketentuan Allah. Bagi mewujudkan nilai islam dalam keluarga hingga melahrkan anak-anak yang soleh dan solehah yang seterusnya akan memperjuankan agama ini, yang akan menjadi tabung amal bagi orang tuanya dan menjadi sumber pahala yang tidak terputus meskipun sudah berada di alam kubur.

Wahai Suami dan isteri....

Jagalah akhlak karimah yang diajar oleh rasul dalam berkeluarga. Hormatilah yang tua, sayangilah yang muda. Keluarga kalian sudah bertambah, kerana ayah suami adalah ayah isteri, saudara suami adalah saudara isteri, dan begitulah seterusnya.
Amalkanlah akhlak yang mulia dalam pergaulan hingga rumah menjadi tempat yang nyaman dan menyenangkan. Supaya wujud baiti jannati, yakni rumahku syurgaku yang dicontohi Nabi.

Berhati-hatilah menghadapi badai kehidupan yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jadilah nakhoda yang baik dan jadilah anak kapal yang baik.

Barakallah fikuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainsayama fi khair...........

Monday, November 30, 2009

0
Komen

.: Salam Aidiladha:.



semoga kita semua menghayati maksud pengorbanan yang sebenar.. bukanya dari segi berapa banyak lembu,kambing dan kerbau ditumbang bukan berapa kali membuat korban tapi cuba pikirkan berapa kali sudah kita berkorban demi agama yang tercinta dan juga apakah jenis pengorbanan yang telah kita buat untuk agama Allah ini,

cuba renungkan kita disini memakan daging lembu korban tetapi terlintaskah difikiran kita saudara kita di Palestin mendaji korban tentera kejam yahudi...

disana saudara kita terkorban kerana mempertahankan agama tetapi disini kita terkorban kerana bermain moto di jalan raya...

akhir kalam...saudaraku perjuangan tidak berhenti disini sahaja.. teruskan usaha sehingga mata ini tertutup untuk selama-lamanya..dan dibagunkan oleh tiupan malaikat-Nya
0
Komen

.:Makan Malam Rapi:.

Sesi julai 2009 mula melabuhkan tirai tanda awal berakhirnya semua aktiviti serta program yang mewarnai hari – hari seorang insan yang bergelar ‘pelajar kamsis’. Sehubungan dengan itu juga, R.A.P.I iaitu sebuah jawatankuasa yang sedang bergiat aktif di kamsis ketika ini baru sahaja selesai melangsungkan program penutup R.A.P.I di dewan kuliah utama pada 14 nov 2009 baru – baru ini. Sekaligus menamatkan segala aktiviti – aktiviti luar dan dalam serta aktiviti sampingan. Namun, pengisian rohani dan usrah tetap diteruskan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu dan islam utamanya.

Majlis penutup R.A.P.I ini yang berlangsung di sebelah malam ini terdapat beberapa keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya adalah , ketika sesi pendaftaran pelajar, pelajar mendapat hadiah yang mengandungi makanan ringan dan gula – gula yang juga terdapat di dalamnya nombor. Nombor tersebut mewakili individu tersebut untuk slot cabutan bertuah yang akan berlangsung di dalam dewan sebentar lagi. Setelah mendapat hadiah masing – masing , pelajar mendapat tempat di dalam dewan.

Majlis diserikan lagi dengan ketibaan Penasihat Pusat Islam, ustaz Marzuki b Sepiaail, ustaz Amin , ustaz Mior ,puan Baini yang diiringi oleh saudara Iman . seiring selepas itu seluruh isi dewan bangun untuk membaca dan menghayati asma-ulhusna yang sungguh menenangkan sesiapa jua yang mendengarnya. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu –aluan ustaz Marzuki dan seterusnya Pengerusi Pusat Islam, Khairul Hamdi b Shapuan.

Ketika jam menunjukkan 9.30 malam, semua muslimin dan muslimat dijemput menikmati juadah yang dihidangkan khas hanya untuk ahli R.A.P.I di bahagian luar dewan. Setelah selesai slot menjamu selera, para pelajar dijamu pula dengan persembahan multimedia oleh lujnah multimedia dan informasi mengenai aktiviti R.A.P.I sepanjang semester ini.

Kemudian, MT syazrina memainkan satu permainan bola beracun yang bergerak mengikut alunan muzik. Apabila muzik berhenti, pelajar yang memegang bola itu, dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh MT syazrina. Soalan yang dijawab dengan betul mendapat hadiah misteri! Keistimewaan permainan ini , ialah terdapat 2 bola beracun, satu dibahagian muslimat dan satu lagi dibahagian muslimin . apabila muzik berhenti dimainkan , pelajar muslimin dan muslimat yang menjawab dahuluu sahaja yang mendapat hadiah. Disini kita dapat melihat muslimin atau muslimat yang lebih agresif untuk menjawab soalan. Ternyata muslimat lebih berkebolehan menjawab soalan dalam bentuk pantun. Pada muslimin jangan pula berkecil hati , kerana sememangnya wanita lebih suka mengungkapkan sesuatu dengan kiasan dan perlambangan , iaitu tidak berterus terang.

setelah aktiviti tersebut berakhir, dan semua telah hadiah masing – masing ,slot penganugerahan sijil pula mengambil tempat . sijil diberikan kepada pemenang dan pelajar yang melibatkan diri dengan program R.A.P.I . akhir sekali majlis jamuan makan malam ditutup dengan setiap ahli bersalaman antara satu sama lain dengan meminta maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang semester ini dan juga akan datang. Begitu indah suasana ketika itu….

Semoga berjumpa lagi di sem depan dengan aktiviti yang lebih bermanfaat………
1
Komen

.:Bidadari Paderi:.


Assalamualaikum.. tepat jam pukul 2 pagi “bintang” menghabis kan sebuah buku yang bertajuk BIDADARI PADERI sebuah buku yang sebelum ini hanya dipadang sepi... terdetik di hati untuk membaca buku ini ketika bosan menunggu hari cuti.. daripada asalnya hanya untuk mengisi masa lapang bertukar menjadi satu minat yang tidak sabar untuk mengetahui kisah yang selanjutnya..PADERI dalam bahsa minang bermaksud golongan ulama..

Satu buku yang saya sangat mensyorkan kepada sesiapa sahaja yang bergelar muslimin dan juga muslimat yang terlibat dlam perjuangan agama Allah ini... tidak kira secara langsung ataupun tidak..

BIDADARI PADERI satu kisah yang bermula di Minang Indonesia, sekitar tahun 1821 masihi seorang pemuda yang bernama Jauhar hanya bekerja mengutip kayu api sahaja untuk membantu menampung ekonomi keluarga walaupun mempunyai sawah bendang tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan harian..yang terdiri daripada Jauhar,Atok dan juga neneknya sahaja..

Tidak mempunyai apa keistimewaan kecuali ilmu di dada, siang membanting tulang mengutip kayu malam menjadi guru agama di surau kampungnya..

***********************************************

Pelbagai musibah menimpa diri namun tetap redha dengan ketentuanNya,namun satu peristiwa cukup menguris hati dituduuh sebagai pembunuh dan dihalau dari kampung..setelah di dihalau mengmbil keputusan pergi ketempat dimana ayahnya memulakan perniagaan dulu, dahulu ayahnya seorang saudagar namun akibat cemburu dan tidak puas hati orang sekeliling terhadap ayanhnya yang sering membantu golongan paderi dalam perjuangngan mereka..di Minang terdapat banyak golongan antaranya golongan adat,pendekar dan lain-lain..tetapi golongan adatlah paling tidak berpuas hati dengan tindakan golongan paderi kerana golongan paderi menegakkan kemakrufan menentang kemungkaran..

Sebelum datangnya golongan paderi golongan adat banyak melakukan kemungkaran seperti berjudi, minum arak dan macam-macam lagi yang bertentangan dengan agama islam jadi diatas ketidak puasan hati mereka itu ayah Jauhar menjadi mangsa bukan setakat ayahnya ibunya juga turut terlibat dalam peristiwa pembunuhan itu...

Sejak dari itu Jauhar tinggal bersama atok dan neneknya..setiba Jauhar ditempat yang ingin dituju dia bertemu dengan sahabat ayahnya.. kemudian dijadikan anak angkat oleh teman ayanhnya itu..disini terdapat pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan satu motivasi kepada pemuda diluar sana satu kisah yang dapat saya kongsi bersama dimana Jauhar ditimpa satu musibah dalam keadaan mahu menolong orang tetapi diri sendiri yang terseksa yang menyebabkan beliau ke tali gantung...

Di dalam buku ini juga diselit satu kisah cinta di antara Jauhar dengan dua orang gadis solehah... satu isltilah dapat diungkapkan....cinta yang diberi bukan yang dicari...

Diceritakan juga bagaimana kepatuhan seorang muslimat yang bergelar isteri kepada suaminya dan juga kefahaman seorang musliminn yang bernama suami terhadap sikap si isteri..kemesraan yang diterjemahkan dalam buku ini diantara Jauhar dan juga isterinya menunjukkan pada semua pemuda dan pemudi kenapa mesti ada istilah kapel dalam kamus hidup mereka...

Satu lagi kisah yang mahu dikongsi iaitu kita mungkin mahukan sesuatu perkara itu namun tidak tercapai dan kita akan merasa sedih...tetapi disebalik kesedihan itu ada hikmah yang sangat tinggi nilainya...

Dan akhir sekali ingin saya kongsi apa yang saya dapat dari buku ini janganlah kita bertindak melakukan sesuatu keputusan itu dalam keadaan tidak berfikir dan meminta petunjuk dari Allah....

Akhir sekali....

Ini cuma pandangan peribadi yang saya rasa saya patut kongsi bersama....

Saya bagi buku ni 5 bintang!!!!!!!

0
Komen

.:Sukan Muslimat:.

Program bertemu dan bermesra adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh lujnah hal ehwal siswi, rakan pusat islam. Tujuan utama program di bawah lujnah hal ehwal siswi adalah supaya dapat melahirkan pelajar siswi yang berperibadi unggul, bersahsiah tinggi dan dapat membantu dalam segala hal berkaitan siswi dalam ingin menyampaikan mesej yang mendalam demi kebaikan siswi – siswi . program ini secara kebiasaannya dijalankan dalam bentuk aktiviti fizikal seperti “ice breaking” sukaneka dan “public speaking”. Setiap aktiviti yang dijalankan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri dalam melahirkan ahli rapi muslimat yang cergas dan cerdas. Dalam program bertemu dan bermesra ini, aktiviti didahului dengan aktiviti yang berbentuk perkenalan. Dimana aktiviti ini mengkehendaki setiap peserta mengingati nama, tarikh lahir dan kursus ahli di dalam kumpulannya sendiri serta kumpulan lain. Objektifnya adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara semua ahli rapi muslimat walaupun berlainan mentor atau kumpulan usrah. Kemudian aktiviti sukaneka turut disertakan dalam program ini supaya dapat menambahkan lagi kemesraan diantara para ahli muslimat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti manakala diakhir aktiviti ini, terdapat aktiviti ‘public speaking’ dimana setiap wakil dalam sesuatu kumpulan perlu membuat penerangan dan penjelasan yang munasabah berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan oleh ajk program. Objektifnya adalah untuk melatih ahli rapi muslimat ini supaya berani bersuara dan tampil kehadapan bagi mempertahankan sesuatu prinsip yang dipegang.

Sunday, November 29, 2009

0
Komen

.:Mintak maaf:.

saya ingin meminta maaf pada sesiapa yang mengunjung blog ini kerana tidak ada benda baru...
insyaAllah selepas final ni akan saya updatekan benda baru
kerana disini telah terlpas 2 aktivi yang belum di update kan dalam blog ni
saya mintak maap ye

.....SELAMAT HARI RAYA HAJI.....

Saturday, November 7, 2009

0
Komen

Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq

"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang".[Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyah radiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].

Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,

“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.

Aisyah berkahwin dengan baginda Rasul ketika usianya tujuh tahun iaitu sebelum hijrah ke Madinah. Masih di alam kanak-kanak, lantas dia tetap tinggal bersama keluarganya. Setelah berumur 9 atau 10 tahun barulah beliau tinggal bersama Rasulullah. Maka bermulalah liku-liku kehidupan baru baginya. Kini dia adalah isteri seorang Rasul, isteri seorang pemimpin negara.

Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan. Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini menjadikannya susuk peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin, kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para sahabat dan tabi’in yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin Abdurrahman misalnya, mengatakan

“Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”

Ibn Abdil Bar turut mengatakan,

“Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”.

Urwah bin Zubair juga berkata,

“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,

“Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata,

“Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan,

“Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

“Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

“Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumber deennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Wallahu a’lam.

sumber:harakah daily

-------------------Girls------ ------------------
-------------are like apples------------------
--------on trees. The best ones-----------
-------are at the top of the tree.--------
------The boys dont want to reach------
----for the good ones because they ------
--are afraid of falling and getting hurt.----
-Instead, they just get the rotten apples-
--from the ground that aren't as good, --
but easy. So the apples at the top think
something is wrong with them, when in
--reality, they're amazing. They just----
---have to wait for the right boy to-------
----- come along, the one who's-----------
----------- brave enough to-----------------
-----------------climb all----------------------
----------------- the way---------------------
-----------------to the top--------------------
---------------- of the tree.------------------

Saturday, October 24, 2009

4
Komen

.:KEM KASIH:.

Ke arah Satu Ikatan Hati akronimnya ialah KASIH. Kem Kasih telah berjaya dijalankan pada 16,17, dan 18 hari bulan 10.

pada kali ini peserta agak ramai berbanding dengan sem lepas. kali ini peserta seramai 55 orang. ajk 27 termasuk alumni terima kasih diucapkan kepada alumni yang sudi datang dari jauh...semata-mata untuk menjayakan kem ini. Terima kasih daun keladi klu bleh nak lagi....

pada saat ingin melaksanakan kem ini sedikit kesulitan berlaku dalam tugas penempahan bas serta kelulusan kertas kerja...pada awalnya semua nampak berjalan dengan lancar namun ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari...namun selepas hujan lebat di tengah hari muncul pula pelangi menerangi...alhamdulilah..
saya tak pandai nak berkata-kata.. tapi ini saja yang dapat digambarkan..

segala usaha berhasil berkat kesabaran dan kesungguhan...pengarah program kita iaitu <<>>

pada hari pertama kasih: kami bertolak agak lewat..sampai juga agak lewat..ditambah dengan keadaan jalan yang sesak..kami sampai dalam kul 10 mcm 2..di sebabkan terlalu banyak selekoh dan malam saya dan Abg Man agak terkena dengan selekoh-selekoh tersebut..kami sangkakan sudah sampai tapi perjalanan masih jauh lebih kurang 13 kilometer lagi dari Sg Congkak..hihihi sory sume sebab tak berapa ingat jalan tapi alhamdulilah kami berjumpa dengan ustaz Amin dalam on the way nak ke sana, sebelum jumpa dengan ustaz saya telefon Hamdi suruh dia ambik kita orang yang tak ingat jalan ni pastu elok je hamdi sampai ustaz pun sampai..saya cakap la kesian kat hamdi tapi hakikatnya kita kena kesian kat driver kita tu..dalam bas Abg Man dok kata korang tak kesian ke kat driver ni..kesian Abg Man kena patah balik sampai 2 kali sebab nak cari lorong nak masuk Sg Congkak.. erm..kesian-kesian.. bukan sengaja Abg Man mintak maaf ye..

bila dah sampai sume peserta memunggah barang kemudian, peserta berkumpul dan pengenalan fasi dan AJK. Bermula, kemudian.. cik kembar kita menjalankan aktiviti ice breaking! habis ais tu pecah fuh~~~... malam tu setelah diberikan sedikit taklimat oleh abg disiplin kita iaitu Hafizuddin bin Osman.. dia mengingatkan ini bukan kem pengakap!








Bila AJK masakan selesai memasak yang terdiri daripada Syaz, Farid dan seorang lagi Salamiah peserta pun diberi makan.....alhamdulilah setelah selesai sume peserta dibenarkan tido...Zzzzzzz....

esk pagi hari kedua:17/10/2009>> bangun macam biasa buat senaman sikit..dikendali oleh saya sendiri... lepas selesai aktivti senaman Apis ambik alih betapa terkejutnya apabila ditanya mengenai barang amanah hampir separuh peserta telah hilang dan rosak dia punya barang amanah..ni sume keje si Syafiq dengan Hasbullah la dia orang pantang tengok orang lalai sikit terus dia sebat (ambil)...
ishk-ishk sy tak ambil tp rosakkan ada la.. hihihi... (^_^) v jgn marah..
disebabkan dah ramai yang ilang barang amanah, barang amanah diberi sekali lagi di tambah dengan barang amanah kumpulan iaitu telur......















hari ketiga:::> river tracking...
checkpoint 1 ukhwah penunggunya ialah Sobirin,Hidayu dan juga Zul... kat sini dia orang kena angkat team mate dia orang..pastu depa kena cerikan kan sikit apa pentingnya ukhwah...




checkpoint 2 ibadah: ni yang paling best pertengkaran berlaku antara peserta dan fasi yang terdiri daripada Azlia, Syazlina dan Wan (izwan hafizi)..pertengkaran berlaku kerana peserta tidak ingin menggunakan air yang telah diberikan untuk mengambil air sembahyang ni group Alias degil betul tak dengar arahan Kak Yanti masa beri taklimat sebelum bergerak dalam hutan... Kak Yanti dah cakap masa dalam hutan dengar arahan fasi.. pertengkaran berlaku hampir 30 minit sampai kena telefon Rahmat nak bagi dia orang percaya yang air yang dia orang bawa tu nak kena guna masa checkpoint 2, mungkin dia orang dah fobia dengan barang amanah kut..asyik kata “ni barang amanah ang tak leh nak guna nanti berdosa....” ayat ni la yang diulang sampai Wan bengang dan last skali Wan lepas kan dia orang tapi bukan lepas macam tu ja lepas habis semua checkpoint dia orang kena la denda sebab tak dengar arahan..nak taw!! Kena la tanya tuan punya badan......

checkpoint 3>>Ha!! ni paling bahaya nasib bek tak ada badan cegah maksiat klu tak habis la Hamdi dengan Azura ayu kena cekup...hihihi tak de r tu gimik je..dia orang ditemani oleh Syafiq mentor sibuk je dia tu orang nak dating pun kacau..kat situ siap tulis lagi SELAMAT DATANG KE TAMAN BUNGA tapi dok dalam hutan buloh tak kena langsung... :) kat sini peserta kena bagi sebab kenapa dia orang kena tegur perbuatan si Hamdi tu apa salahnya dan bagaimana cara nak mengatasinya

seterusnya checkpoint 4--> sini la yang paling seram dan menakutkan kat checkpoint ni dijaga oleh 4 penunggu sempena dengan checpoint 4 hihihi kebetulan je tu..kat sini bab feqah dan aqidah atau lebih senang kita nak ingat LUMPUR...bukan Kuala Lumpur!!!! Kat sini memerlukan cabaran dan ketabahan nak taw bagaimana lopak lumpur ni tercipta bukan senang Ooo kesian kat IMAN, ANN,AWIE dan ZUL kesian kat dia orang bertungkus lumus nak siap kan lopak lumpur ni..
kat checkpoint ni dia punya fasi Ann,Iman,Kak Raudah dan Kak Rozie... saya tengok sendiri group Iqbal masuk dalam lumpur tu lepas je dia bangun dah macam orang asli bila dia orang jalan ramai-ramai hihihi....kalau dia orang rasa jijik dia orang memang lupa asal usul kejadian la kerana manusia dijadikan daripada tanah ini untuk mengingatkan kita supaya kita jangan sombong di bumi Allah...




seterusnya checkpoint 5 >-/-> dia punya fasi Anuar,Azlina dan jugak Awie..
depa ni keje main air sungai je....pastu perabih sirap patut la kita minum air teh ja rupanya Anuar tukang perabih sirap....hehehehe....kat sini saya tak pandai nak cerita sangat sebab saya tak pandai....tapi tugas peserta kena segelas sirap mesti ditukarkan supaya air nya kembali jernih...

dan akhir sekali checkpoint 6 Kepimpinan dikendali oleh Apis dan juga penjual insurans Kak Ayu tapi tu masa dia L.I la...tapi klu nak dia boleh tolong adjust kan...
kat sini peserta di tanya mengenai kepentingan jemaah pasal amanah dan sebagainya yang berkaitan dengan kepimpinan...
bila dah semua selamat sampai dia orang semua pun mula mengemas....dan bila selesai makan tengah hari semua berkemas dan balik....bertolak balik dalam kul 3 macam tu...

Thursday, September 24, 2009

0
Komen

Bolehkah puasa Qada dan Syawal digabungkan?

Bolehkah puasa Qada dan Syawal digabungkan?
Azamin Amin
Mon | Nov 05, 07 | 11:25:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.
Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.
Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).
Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.
"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net
Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.
"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.
"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.
Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.
Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.
Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.
Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.
Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.
Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. - mks. _

www.harakahdaily.net

Thursday, September 17, 2009

0
Komen

RIANG RIA RAMADHAN BERAKHIR.....




Alhamdulilah satu ungkapan yang seeloknya saya lafazkan. Program RIANG RIA RAMADHAN berakhir dengan jayanya....
Setiap pertandingan yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Kini pemenang juga sudah diumumkan.
Kepada pemenang tahniah diucapkan, disini saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada pengarah program kita AJÉNG SYAFA’ATUN BINTI BISRI yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program sulungnya sebagai pemegang jawatan dalam JPP selaku exco kerohanian & pembagunan sahsiah...
Sebanyak 7 pertandingan di tandingkan pada waktu dan hari yang sama.. program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada warden iaitu USTAZ MIOR ISKANDAR BIN MIOR AZIZAN, setelah selesai kata-kata aluan daripada ustaz mior peserta diagihkan mengikut pertandingan yang disertai oleh mereka seramai hampir 200 peserta dapat dikumpulkan bagi menjayakan program ini.
Setelah peserta diagihkan mengikut ketegori yang dipertandingkan, peserta dibawa ke tempat pertandingan...pertandingan di mulakan sebaik sahaja peserta mengambil tempat...

Semua pertandingan dimulakan pada jam 9.30 pagi dan ditamatkan pada janm 11.00 pagi kecuali bagi pertandingan banner tamat pada 11.30 pagi... selepas tamat peserta dibenarkan balik ke bilik masing-masing untuk menyalin pakaian kerana pada jam 12.00 tengah hari pertandingan hafazan dan juga tilawah al-Quran baru hendak dimulakan.... peserta diminta untuk pergi ke pusat islam bagi memeriahkan pertandingan tersebut...tapi malangnya.......hanya beberapa orang sahaja yang dapat menghadirkan diri..







Kehadiran muslimat boleh dibanggakan sebalikya muslimin aduh kecewa..tiang lagi banyak daripada muslimin.... (T_T)
Namun alhamdulilah pertandingan tetap dijalankan dengan penuh kelancaran....pertandingan hafazan tamat pada jam 12.30 petang kemudian pertandingan tilawah al-Quran dimulakan...
Peserta untuk pertandingan tilawah tidak mengecewakan alhamdulilah...pertandingan berlangsung dengan jayanya... disebabkan terlalu ramai peserta pertandingan tilawah terpaksa selepas solat zohor.. pertandingan disambung semula selepas solat.. kemudian tamat jam 3.00 petang...
Tamatnya pertandingan tilawah maka berakhir la program untuk hari SABTU..program disambungkan pada hari berikutnya...AHAD...
BERSAMBUNG.....

PADA HARI AHAD>>>

pagi bermula jam 8.00 pagi semua ajk bersiap sedia untuk mula memasak bubur lambok..
tugas untuk memasak bubur dilakukan secara bergilir-gilir..bubur siap masak dan dibungkus selepas zohor..jumlah yang dapat dibungkus adalah 600 bungkus semuanya tetapi masih terdapat baki di dalam periuk...MasyaAllah..














pada mula pemberian bubur berjalan agak pelahan namun atas usaha rakan-rakan ianya berjaya dihabiskan tepat pada waktunya...pengagihan dibuat di cafe kat pak guard dan paling best bagi saya rumah staf ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara staf dan pelajar..kekeliruan beerlaku pada sahabat kita HAFIZZUDIN kerana dia pergi mengetuk rumah en yusof sehingga 2 kali alasan "dia semua rumah sama pattern"..

lawak-lawak alhamdulilah rumah en.Yusof kita kenal klu rumah staf len tak ke malu...dengan en.Yusoh pun dah malu..hehehe..

tapi alhamdulilah semuaa bubur dapat dihabiskan.....

Friday, September 11, 2009

0
Komen

MALAM MISTERI

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Sep 28, 07 | 10:15:10 am MYT

Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun. Iklan



Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.

SUMBER:HARAKAHDAILY

Monday, September 7, 2009

0
Komen

syawal dah berpindah

di faham kan sahabat kita syawal dah berpindah ke HOSPITAL TAPAH
luka dijarinya telah kering dan dah dibuka.
pada ari sabtu aritu bertarikh 5/9/09 ustaz mior sekali lagi bersama en tengku azmi,ustaz amin, en zul dan ilmi nasyid.
pergi melawat sahabat kita.

Friday, September 4, 2009

0
Komen

SYAWAL KEMALANGAN



sahabat kita AHMAD SYAWAL BIN ZAINAL telah di timpa satu kecelakaan
dia telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran depan balai polis behrang steshen.
beliau mengalami kecederaan yang agak parah pada kaki beliau dan terpaksa di masukkan besi.
kemalangan berlaku pada petang hari jumaat.
saya dan bersama ustaz mior,izwan,anas(tok imam kita),hafiz,kudus,farid,imran dan nazim dah pergi melawat pada ari sabtu sehari selepas kejadian.
pada hari saya melawat masih terdapat kesan berdarah walaupun dah sehari berlaku kejadian.
saya tak dapat menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana kejadian tersebut berlaku.
kerana semasa saya dan rakan-rakan pergi melawat syawal masih lagi lemah dan hanya beoleh bercakap dengan nada yang perlahan.
beliau ditempat kan di HOSPITAL TELUK INTAN WAD 2A
disini saya sertakan gambar-gambar


0
Komen

riang raya ramdhan


berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari sabtu 5.9.09 dan ahad 6.9.09.
aturcara pada hari sabtu:
berkumpul di didepan pusat islam pada jam 8 pagi.
kemudian peserta kan mengikut pergi ke tempat pertandingan,

antara pertandingan yang di jlankan:

hafazan,tulisan khat,mencipta ulu pelita (membuat pelita menggunakan bahan kitar semula), alangkah majunya:menjawab soalan, tilawah al-quran,ayam ketupat, bombastik atul quran-peserta akan diberikan satu surah kemuadian di situ terdapat tempat kosonng untuk diisi. lebih kurang isi tempat kosong la..
dan akhir sekali mencipta banner untuk hari raya yang akan menjelang insyaAllah banner yang memenangi pertandingan ini akan digantung pada tempat yang sesuai.

Sunday, August 23, 2009

0
Komen

kelebihan bulan puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”- (Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. sesungguhnya jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat
berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”- (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda lagi:Maksudnya:

“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”- (Shahih Ibnu Khuzaimah)
Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)

Friday, July 31, 2009

0
Komen

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Benar.

Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.

Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:



“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.

Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.

Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?

Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.

Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.

Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”

Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”

Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.

Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:



“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka” [al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:



“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding” (Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.

Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:



“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya” [al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”

Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.

Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:

Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam. Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair. Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata, “Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu). [Hadith riwayat al-Bukhari]

Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.

Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.

Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya. [Hadith riwayat al-Nasaa’ie]

Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.

Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum. Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri. Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu, “apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?” Kanak-kanak itu menjawab, “aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya. [Hadith riwayat al-Bukhari]

Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.

Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka. [Hadith riwayat Muslim]

Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.

Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya, “ajarkanlah anak-anak kamu berenang” [riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]

Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka. Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.

Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan. Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan

Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain, baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek. Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu. Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya, “apakah yang telah melewatkan kamu?” Aku menjawab, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.” Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?” Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!” Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa” [Hadith riwayat Muslim]

Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah, mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal, biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,



“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar. Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah.

Berperananlah, seperti yang telah diperintahkan Allah.



Disunting daripada khutbah 2324 alminbar.net

p/s: Khutbah yang sama pernah disampaikan di Belfast Islamic Centre pada 28 Jun 2002

dipetik dari:ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Thursday, July 30, 2009

0
Komen

pesan Rasulullah pada wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).


14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Thursday, July 23, 2009

0
Komen


tahniah kepada pimpinan yang lepas kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawab anda dengan berhemah..

Tuesday, July 21, 2009

0
Komen

langkah pertama

blog jppi di remake kan kerana blog y lama password terlupa so x leh nak update blog so skung dah muncul semula blog jppi..

harap ak xlupa password dy,
amin...

selamat datang kepada muslimin dan muslimat sesi julai 09