Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..
0
Komen

Sejarah RAPI

Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) sebenarnya pada awalnya hanya sebagai gelaran siak atau noja masjid orang pelajar dilantik sebagai penyusun sejadah, susun buku dan lain-lain. Selepas itu dicadangkan oleh En rizan untuk dijadikan paltform, tetapi pentadbiran tidak bersetuju, mereka hanya bersetuju jika diwujudkan rakan masjid sahaja jadi tiga orang telah dilantik menjadi ajk masjid selepas itu gabungan pengerusi biro kerohanian JPK dan JPP jadi terciptalah sebuah organisasi baru di PSAS yang diberi nama Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) maka pada mulanya ada empat orang Majlis Tertinggi (MT) JPPI selepas itu diwujudkn lajnah-lajnah untuk membantu MT, lama kelamaan En.Rizan mencadangkan JPPI sebagai kelab namun pihak pentadbiran juga tidak bersetuju. Selepas itu En.Rizan menubuhkan JPPI di bawah unit pelajar di bawah pantauan Jawatankuasa Pusat Islam PSAS. Unit pelajar ini diketuai oleh En.Rizan maka JPPI dijadikan rakan lajnah bagi unit pelajar di bawah En Rizan selepas itu terus menerus berjalan sehingga sekarang.

JPPI dibawah pantauan unit pelajar Jawatankuasa Pusat Islam. Sekarang JPPI sudah dikenali dengan nama baru Iaitu Rakan Pusat Islam (RAPI) sebuah persatuan dalam Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. RAPI membantu dalam pentadbiran di pusat islam seperti menjadi imam, bilal, siak dan lain-lain itu ia juga membantu pusat islam dalam menjalani apa-apa program. RAPI juga melahirkan beberapa pemimpin bagi Politeknik Sultan Azlan Shah untuk mengendali beberapa persatuan dalam Politeknik Sultan Azlan Shah.

No comments: