Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Sunday, March 24, 2013

0
Komen

Jom Ceria di Putrajaya

Assalamualaikum :)
♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.

Program : Jom Ceria bersama PM @ Putrajaya
Tarikh    : 24 MAC 2013
Masa     : 0700 a.m. - 1200 noon
Tempat  : Putrajaya
Peserta  : Ahli RAPI dan Open Student

Seramai 33 peserta, talah melibatkan diri dalam program Road Walk with PM.
Para peserta bertolak dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pada Jam 0400 am dan telah sampai ke destinasi pada Jam 0600 am. 
Selepas selesai solat subuh secara berjemaah di Masjid Besi, Putrajaya, para peserta, terus ke kauter pendaftaran, untuk mengambil makanan serta baju secara PERCUMA.
Pada Jam 0900 am. ketibaan yang Y.A.B Dato' Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansor telah merasmikan program tersebut.
Selepas merasmikan program tersebut, beliau juga turut serta melibatkan diri dengan akiviti seperti larian serta berbasikal bersama rakyat.
Setelah tamat acara larian dan berbasikal, para peserta dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan. 
Setelah selesai makan, para peserta bersiap sedia untuk mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Sejurus selepas bergambar, para peserta pulang ke Politeknik tercinta. 

Selepas subuh di perkarangan Masjid Besi Putrajaya

Memberi taklimat dan mengambil makanan sarapan pagi


Wakil Silat Cekak


 



Kupon pek sarapan pagi dan cabutan betuah setiap peserta

Antara games yang ada








Bergambar selepas larian


On the road to back home
nampak keletihan agaknye

"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sya Allah"

Salam Ukhuwah:
Hamba Allah

Monday, March 18, 2013

1
Komen

Kem KAPAS

Assalamualaikum :)
♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.

Lujnah Dakwah dan Tarbiah, yang mana adalah Exco dalam Rakan Pusat Islam (RAPI) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menganjurkan program Khusus Asas Pemantapan Organisasi (KAPAS). 
Seramai 40 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada ahli RAPI sendiri. Peserta ini akan bermalam di kawasan perkhemahan supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Program ini dirangka dan dirancang secara khusus kerana peserta yang dipilih ini adalah, dari kalangan pemimpin yang profesional. Program ini bermatlamat untuk, melatih semua pemimpin dikalangan peserta supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan dapat bekerja sama dalam satu pasukan disamping menjdadi contoh dan teladan kepada semua orang. 
Bak kata pepatah, Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya.
Untuk mendisiplinkan orang lain, pemimpin itu sendiri, perlu mendisiplinkan dirinya terlebih dahulu.
diharapkan barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) RAPI yang disayangi dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik.

Tempat : Felda Residence, Sungkai, Perak
Tarikh : 15-17 MAC 2013
Sesi : DEC 2012


Hari Pertama :-

Para peserta berkumpul sesudah sampai ke destinasi..







 Persentation nam kumpulan serta logo..



 Hari Ke-Dua :-
Senaman Pagi 






 Ceramah bersama Ustaz Asbi (UPSI)
"kewajiban berorganisasi"




Game membawa belon dalam talam 


> !! Flying Fox Time !! <






> !! Pond Rafting !! <







> Ceramah <

Pengurasan Masa Seorang Da'e