Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Monday, November 30, 2009

0
Komen

.:Makan Malam Rapi:.

Sesi julai 2009 mula melabuhkan tirai tanda awal berakhirnya semua aktiviti serta program yang mewarnai hari – hari seorang insan yang bergelar ‘pelajar kamsis’. Sehubungan dengan itu juga, R.A.P.I iaitu sebuah jawatankuasa yang sedang bergiat aktif di kamsis ketika ini baru sahaja selesai melangsungkan program penutup R.A.P.I di dewan kuliah utama pada 14 nov 2009 baru – baru ini. Sekaligus menamatkan segala aktiviti – aktiviti luar dan dalam serta aktiviti sampingan. Namun, pengisian rohani dan usrah tetap diteruskan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu dan islam utamanya.

Majlis penutup R.A.P.I ini yang berlangsung di sebelah malam ini terdapat beberapa keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya adalah , ketika sesi pendaftaran pelajar, pelajar mendapat hadiah yang mengandungi makanan ringan dan gula – gula yang juga terdapat di dalamnya nombor. Nombor tersebut mewakili individu tersebut untuk slot cabutan bertuah yang akan berlangsung di dalam dewan sebentar lagi. Setelah mendapat hadiah masing – masing , pelajar mendapat tempat di dalam dewan.

Majlis diserikan lagi dengan ketibaan Penasihat Pusat Islam, ustaz Marzuki b Sepiaail, ustaz Amin , ustaz Mior ,puan Baini yang diiringi oleh saudara Iman . seiring selepas itu seluruh isi dewan bangun untuk membaca dan menghayati asma-ulhusna yang sungguh menenangkan sesiapa jua yang mendengarnya. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu –aluan ustaz Marzuki dan seterusnya Pengerusi Pusat Islam, Khairul Hamdi b Shapuan.

Ketika jam menunjukkan 9.30 malam, semua muslimin dan muslimat dijemput menikmati juadah yang dihidangkan khas hanya untuk ahli R.A.P.I di bahagian luar dewan. Setelah selesai slot menjamu selera, para pelajar dijamu pula dengan persembahan multimedia oleh lujnah multimedia dan informasi mengenai aktiviti R.A.P.I sepanjang semester ini.

Kemudian, MT syazrina memainkan satu permainan bola beracun yang bergerak mengikut alunan muzik. Apabila muzik berhenti, pelajar yang memegang bola itu, dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh MT syazrina. Soalan yang dijawab dengan betul mendapat hadiah misteri! Keistimewaan permainan ini , ialah terdapat 2 bola beracun, satu dibahagian muslimat dan satu lagi dibahagian muslimin . apabila muzik berhenti dimainkan , pelajar muslimin dan muslimat yang menjawab dahuluu sahaja yang mendapat hadiah. Disini kita dapat melihat muslimin atau muslimat yang lebih agresif untuk menjawab soalan. Ternyata muslimat lebih berkebolehan menjawab soalan dalam bentuk pantun. Pada muslimin jangan pula berkecil hati , kerana sememangnya wanita lebih suka mengungkapkan sesuatu dengan kiasan dan perlambangan , iaitu tidak berterus terang.

setelah aktiviti tersebut berakhir, dan semua telah hadiah masing – masing ,slot penganugerahan sijil pula mengambil tempat . sijil diberikan kepada pemenang dan pelajar yang melibatkan diri dengan program R.A.P.I . akhir sekali majlis jamuan makan malam ditutup dengan setiap ahli bersalaman antara satu sama lain dengan meminta maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang semester ini dan juga akan datang. Begitu indah suasana ketika itu….

Semoga berjumpa lagi di sem depan dengan aktiviti yang lebih bermanfaat………

No comments: