Program bertemu dan bermesra adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh lujnah hal ehwal siswi, rakan pusat islam. Tujuan utama program
di bawah lujnah hal ehwal siswi adalah supaya dapat melahirkan pelajar siswi yang berperibadi unggul, bersahsiah tinggi dan dapat membantu dalam segala hal berkaitan siswi dalam ingin menyampaikan mesej yang mendalam demi kebaikan siswi – siswi . program ini secara kebiasaannya dijalankan dalam bentuk aktiviti fizikal seperti “ice breaking” sukaneka dan “public speaking”. Setiap aktiviti yang dijalankan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri dalam melahirkan ahli rapi muslimat yang cergas dan cerdas. Dalam program bertemu dan bermesra ini, aktiviti didahului dengan aktiviti yang berbentuk perkenalan. Dimana aktiviti ini mengkehendaki setiap peserta mengingati nama, tarikh lahir dan kursus ahli di dalam kumpulannya sendiri serta kumpulan lain. Objektifnya adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara semua ahli rapi muslimat walaupun berlainan mentor atau kumpulan usrah. Kemudian aktiviti sukaneka turut disertakan dalam program ini supaya dapat menambahkan lagi kemesraan diantara para ahli muslimat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti manakala diakhir aktiviti ini, terdapat aktiviti ‘public speaking’ dimana setiap wakil dalam sesuatu kumpulan perlu membuat penerangan dan penjelasan yang munasabah berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan oleh ajk program. Objektifnya adalah untuk melatih ahli rapi muslimat ini supaya berani bersuara dan tampil kehadapan bagi mempertahankan sesuatu prinsip yang dipegang.
No comments:
Post a Comment