Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Monday, December 14, 2009

0
Komen

.:Untuk Yang Membina Masjid:.

Sedarilah, bernikah adalah sebahagian daripada dakwah dan perjuangan. Membangunkan umat perlu dilakukan seiring dengan membangunkan peribadi muslim, mewujudkan peribadi muslim inilah yang menjadi dasar dalam menegakkan keluarga islam. Apabila jumlah keluarga islam sudah banyak maka akan lahirlah sebuah masyarakat muslim yang akan menjadikan islam sebagai akhlak dan amalan hidupnya. Inilah jalan yang diajar oleh Rasullah bagi membagunkan umat.

Ketahuilah si suami...

Perempuan tajam perasaannya, perasaan seorang perempuan labih dalam daripada lautan. Perasaan ini dapat meruntuhkan gunung. Kerana itu fahamilah perasaan isterimu dan perlakukanlah dia dengan baik dan adil. Kerana lelaki yang paling mulia adalah yang mampu bersikap baik terhadap isterinya.

Wahai si isteri....

Ketahuilah lelaki banyak menggunakan fikiran dan sangat tipis perasaannya. Kerana itu taatilah suamimu selagi dia tidak melanggar ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Seorang perempuan yang melakukan solat, membayar zakat berpuasa pada bulan Ramadahan, dan mentaati suaminya akan diamasukkan Allah kedalam syurga-Nya,

Wahai si suami dan isteri...

Sedarilah kalian bernikah dengan pasangan yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Kerana itu, belajarlah memahami kekurangan dan kelemahan masing-masing. Siapa yang akan mengharapkan kesempurnaan daripada suami ataupun isterinya akan kecewa dan keluarganya tidak akan bahagia.
Berkeluarga adalah bagi menegakkan hukum dan ketentuan Allah. Bagi mewujudkan nilai islam dalam keluarga hingga melahrkan anak-anak yang soleh dan solehah yang seterusnya akan memperjuankan agama ini, yang akan menjadi tabung amal bagi orang tuanya dan menjadi sumber pahala yang tidak terputus meskipun sudah berada di alam kubur.

Wahai Suami dan isteri....

Jagalah akhlak karimah yang diajar oleh rasul dalam berkeluarga. Hormatilah yang tua, sayangilah yang muda. Keluarga kalian sudah bertambah, kerana ayah suami adalah ayah isteri, saudara suami adalah saudara isteri, dan begitulah seterusnya.
Amalkanlah akhlak yang mulia dalam pergaulan hingga rumah menjadi tempat yang nyaman dan menyenangkan. Supaya wujud baiti jannati, yakni rumahku syurgaku yang dicontohi Nabi.

Berhati-hatilah menghadapi badai kehidupan yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jadilah nakhoda yang baik dan jadilah anak kapal yang baik.

Barakallah fikuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainsayama fi khair...........

No comments: