Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Monday, November 30, 2009

0
Komen

.: Salam Aidiladha:.



semoga kita semua menghayati maksud pengorbanan yang sebenar.. bukanya dari segi berapa banyak lembu,kambing dan kerbau ditumbang bukan berapa kali membuat korban tapi cuba pikirkan berapa kali sudah kita berkorban demi agama yang tercinta dan juga apakah jenis pengorbanan yang telah kita buat untuk agama Allah ini,

cuba renungkan kita disini memakan daging lembu korban tetapi terlintaskah difikiran kita saudara kita di Palestin mendaji korban tentera kejam yahudi...

disana saudara kita terkorban kerana mempertahankan agama tetapi disini kita terkorban kerana bermain moto di jalan raya...

akhir kalam...saudaraku perjuangan tidak berhenti disini sahaja.. teruskan usaha sehingga mata ini tertutup untuk selama-lamanya..dan dibagunkan oleh tiupan malaikat-Nya
0
Komen

.:Makan Malam Rapi:.

Sesi julai 2009 mula melabuhkan tirai tanda awal berakhirnya semua aktiviti serta program yang mewarnai hari – hari seorang insan yang bergelar ‘pelajar kamsis’. Sehubungan dengan itu juga, R.A.P.I iaitu sebuah jawatankuasa yang sedang bergiat aktif di kamsis ketika ini baru sahaja selesai melangsungkan program penutup R.A.P.I di dewan kuliah utama pada 14 nov 2009 baru – baru ini. Sekaligus menamatkan segala aktiviti – aktiviti luar dan dalam serta aktiviti sampingan. Namun, pengisian rohani dan usrah tetap diteruskan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu dan islam utamanya.

Majlis penutup R.A.P.I ini yang berlangsung di sebelah malam ini terdapat beberapa keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya adalah , ketika sesi pendaftaran pelajar, pelajar mendapat hadiah yang mengandungi makanan ringan dan gula – gula yang juga terdapat di dalamnya nombor. Nombor tersebut mewakili individu tersebut untuk slot cabutan bertuah yang akan berlangsung di dalam dewan sebentar lagi. Setelah mendapat hadiah masing – masing , pelajar mendapat tempat di dalam dewan.

Majlis diserikan lagi dengan ketibaan Penasihat Pusat Islam, ustaz Marzuki b Sepiaail, ustaz Amin , ustaz Mior ,puan Baini yang diiringi oleh saudara Iman . seiring selepas itu seluruh isi dewan bangun untuk membaca dan menghayati asma-ulhusna yang sungguh menenangkan sesiapa jua yang mendengarnya. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu –aluan ustaz Marzuki dan seterusnya Pengerusi Pusat Islam, Khairul Hamdi b Shapuan.

Ketika jam menunjukkan 9.30 malam, semua muslimin dan muslimat dijemput menikmati juadah yang dihidangkan khas hanya untuk ahli R.A.P.I di bahagian luar dewan. Setelah selesai slot menjamu selera, para pelajar dijamu pula dengan persembahan multimedia oleh lujnah multimedia dan informasi mengenai aktiviti R.A.P.I sepanjang semester ini.

Kemudian, MT syazrina memainkan satu permainan bola beracun yang bergerak mengikut alunan muzik. Apabila muzik berhenti, pelajar yang memegang bola itu, dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh MT syazrina. Soalan yang dijawab dengan betul mendapat hadiah misteri! Keistimewaan permainan ini , ialah terdapat 2 bola beracun, satu dibahagian muslimat dan satu lagi dibahagian muslimin . apabila muzik berhenti dimainkan , pelajar muslimin dan muslimat yang menjawab dahuluu sahaja yang mendapat hadiah. Disini kita dapat melihat muslimin atau muslimat yang lebih agresif untuk menjawab soalan. Ternyata muslimat lebih berkebolehan menjawab soalan dalam bentuk pantun. Pada muslimin jangan pula berkecil hati , kerana sememangnya wanita lebih suka mengungkapkan sesuatu dengan kiasan dan perlambangan , iaitu tidak berterus terang.

setelah aktiviti tersebut berakhir, dan semua telah hadiah masing – masing ,slot penganugerahan sijil pula mengambil tempat . sijil diberikan kepada pemenang dan pelajar yang melibatkan diri dengan program R.A.P.I . akhir sekali majlis jamuan makan malam ditutup dengan setiap ahli bersalaman antara satu sama lain dengan meminta maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang semester ini dan juga akan datang. Begitu indah suasana ketika itu….

Semoga berjumpa lagi di sem depan dengan aktiviti yang lebih bermanfaat………
1
Komen

.:Bidadari Paderi:.


Assalamualaikum.. tepat jam pukul 2 pagi “bintang” menghabis kan sebuah buku yang bertajuk BIDADARI PADERI sebuah buku yang sebelum ini hanya dipadang sepi... terdetik di hati untuk membaca buku ini ketika bosan menunggu hari cuti.. daripada asalnya hanya untuk mengisi masa lapang bertukar menjadi satu minat yang tidak sabar untuk mengetahui kisah yang selanjutnya..PADERI dalam bahsa minang bermaksud golongan ulama..

Satu buku yang saya sangat mensyorkan kepada sesiapa sahaja yang bergelar muslimin dan juga muslimat yang terlibat dlam perjuangan agama Allah ini... tidak kira secara langsung ataupun tidak..

BIDADARI PADERI satu kisah yang bermula di Minang Indonesia, sekitar tahun 1821 masihi seorang pemuda yang bernama Jauhar hanya bekerja mengutip kayu api sahaja untuk membantu menampung ekonomi keluarga walaupun mempunyai sawah bendang tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan harian..yang terdiri daripada Jauhar,Atok dan juga neneknya sahaja..

Tidak mempunyai apa keistimewaan kecuali ilmu di dada, siang membanting tulang mengutip kayu malam menjadi guru agama di surau kampungnya..

***********************************************

Pelbagai musibah menimpa diri namun tetap redha dengan ketentuanNya,namun satu peristiwa cukup menguris hati dituduuh sebagai pembunuh dan dihalau dari kampung..setelah di dihalau mengmbil keputusan pergi ketempat dimana ayahnya memulakan perniagaan dulu, dahulu ayahnya seorang saudagar namun akibat cemburu dan tidak puas hati orang sekeliling terhadap ayanhnya yang sering membantu golongan paderi dalam perjuangngan mereka..di Minang terdapat banyak golongan antaranya golongan adat,pendekar dan lain-lain..tetapi golongan adatlah paling tidak berpuas hati dengan tindakan golongan paderi kerana golongan paderi menegakkan kemakrufan menentang kemungkaran..

Sebelum datangnya golongan paderi golongan adat banyak melakukan kemungkaran seperti berjudi, minum arak dan macam-macam lagi yang bertentangan dengan agama islam jadi diatas ketidak puasan hati mereka itu ayah Jauhar menjadi mangsa bukan setakat ayahnya ibunya juga turut terlibat dalam peristiwa pembunuhan itu...

Sejak dari itu Jauhar tinggal bersama atok dan neneknya..setiba Jauhar ditempat yang ingin dituju dia bertemu dengan sahabat ayahnya.. kemudian dijadikan anak angkat oleh teman ayanhnya itu..disini terdapat pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan satu motivasi kepada pemuda diluar sana satu kisah yang dapat saya kongsi bersama dimana Jauhar ditimpa satu musibah dalam keadaan mahu menolong orang tetapi diri sendiri yang terseksa yang menyebabkan beliau ke tali gantung...

Di dalam buku ini juga diselit satu kisah cinta di antara Jauhar dengan dua orang gadis solehah... satu isltilah dapat diungkapkan....cinta yang diberi bukan yang dicari...

Diceritakan juga bagaimana kepatuhan seorang muslimat yang bergelar isteri kepada suaminya dan juga kefahaman seorang musliminn yang bernama suami terhadap sikap si isteri..kemesraan yang diterjemahkan dalam buku ini diantara Jauhar dan juga isterinya menunjukkan pada semua pemuda dan pemudi kenapa mesti ada istilah kapel dalam kamus hidup mereka...

Satu lagi kisah yang mahu dikongsi iaitu kita mungkin mahukan sesuatu perkara itu namun tidak tercapai dan kita akan merasa sedih...tetapi disebalik kesedihan itu ada hikmah yang sangat tinggi nilainya...

Dan akhir sekali ingin saya kongsi apa yang saya dapat dari buku ini janganlah kita bertindak melakukan sesuatu keputusan itu dalam keadaan tidak berfikir dan meminta petunjuk dari Allah....

Akhir sekali....

Ini cuma pandangan peribadi yang saya rasa saya patut kongsi bersama....

Saya bagi buku ni 5 bintang!!!!!!!

0
Komen

.:Sukan Muslimat:.

Program bertemu dan bermesra adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh lujnah hal ehwal siswi, rakan pusat islam. Tujuan utama program di bawah lujnah hal ehwal siswi adalah supaya dapat melahirkan pelajar siswi yang berperibadi unggul, bersahsiah tinggi dan dapat membantu dalam segala hal berkaitan siswi dalam ingin menyampaikan mesej yang mendalam demi kebaikan siswi – siswi . program ini secara kebiasaannya dijalankan dalam bentuk aktiviti fizikal seperti “ice breaking” sukaneka dan “public speaking”. Setiap aktiviti yang dijalankan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri dalam melahirkan ahli rapi muslimat yang cergas dan cerdas. Dalam program bertemu dan bermesra ini, aktiviti didahului dengan aktiviti yang berbentuk perkenalan. Dimana aktiviti ini mengkehendaki setiap peserta mengingati nama, tarikh lahir dan kursus ahli di dalam kumpulannya sendiri serta kumpulan lain. Objektifnya adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah diantara semua ahli rapi muslimat walaupun berlainan mentor atau kumpulan usrah. Kemudian aktiviti sukaneka turut disertakan dalam program ini supaya dapat menambahkan lagi kemesraan diantara para ahli muslimat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti manakala diakhir aktiviti ini, terdapat aktiviti ‘public speaking’ dimana setiap wakil dalam sesuatu kumpulan perlu membuat penerangan dan penjelasan yang munasabah berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan oleh ajk program. Objektifnya adalah untuk melatih ahli rapi muslimat ini supaya berani bersuara dan tampil kehadapan bagi mempertahankan sesuatu prinsip yang dipegang.

Sunday, November 29, 2009

0
Komen

.:Mintak maaf:.

saya ingin meminta maaf pada sesiapa yang mengunjung blog ini kerana tidak ada benda baru...
insyaAllah selepas final ni akan saya updatekan benda baru
kerana disini telah terlpas 2 aktivi yang belum di update kan dalam blog ni
saya mintak maap ye

.....SELAMAT HARI RAYA HAJI.....

Saturday, November 7, 2009

0
Komen

Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq

"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang".[Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyah radiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].

Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,

“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.

Aisyah berkahwin dengan baginda Rasul ketika usianya tujuh tahun iaitu sebelum hijrah ke Madinah. Masih di alam kanak-kanak, lantas dia tetap tinggal bersama keluarganya. Setelah berumur 9 atau 10 tahun barulah beliau tinggal bersama Rasulullah. Maka bermulalah liku-liku kehidupan baru baginya. Kini dia adalah isteri seorang Rasul, isteri seorang pemimpin negara.

Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan. Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini menjadikannya susuk peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin, kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para sahabat dan tabi’in yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin Abdurrahman misalnya, mengatakan

“Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”

Ibn Abdil Bar turut mengatakan,

“Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”.

Urwah bin Zubair juga berkata,

“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,

“Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata,

“Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan,

“Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

“Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

“Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumber deennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Wallahu a’lam.

sumber:harakah daily

-------------------Girls------ ------------------
-------------are like apples------------------
--------on trees. The best ones-----------
-------are at the top of the tree.--------
------The boys dont want to reach------
----for the good ones because they ------
--are afraid of falling and getting hurt.----
-Instead, they just get the rotten apples-
--from the ground that aren't as good, --
but easy. So the apples at the top think
something is wrong with them, when in
--reality, they're amazing. They just----
---have to wait for the right boy to-------
----- come along, the one who's-----------
----------- brave enough to-----------------
-----------------climb all----------------------
----------------- the way---------------------
-----------------to the top--------------------
---------------- of the tree.------------------