♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.
Program : Jom Ceria bersama PM @ Putrajaya
Tarikh : 24 MAC 2013
Masa : 0700 a.m. - 1200 noon
Tempat : Putrajaya
Peserta : Ahli RAPI dan Open Student
Seramai 33 peserta, talah melibatkan diri dalam program Road Walk with PM.
Para peserta bertolak dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pada Jam 0400 am dan telah sampai ke destinasi pada Jam 0600 am.
Selepas selesai solat subuh secara berjemaah di Masjid Besi, Putrajaya, para peserta, terus ke kauter pendaftaran, untuk mengambil makanan serta baju secara PERCUMA.
Pada Jam 0900 am. ketibaan yang Y.A.B Dato' Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansor telah merasmikan program tersebut.
Selepas merasmikan program tersebut, beliau juga turut serta melibatkan diri dengan akiviti seperti larian serta berbasikal bersama rakyat.
Setelah tamat acara larian dan berbasikal, para peserta dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Setelah selesai makan, para peserta bersiap sedia untuk mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Sejurus selepas bergambar, para peserta pulang ke Politeknik tercinta.
Selepas subuh di perkarangan Masjid Besi Putrajaya
Memberi taklimat dan mengambil makanan sarapan pagi
Wakil Silat Cekak
Kupon pek sarapan pagi dan cabutan betuah setiap peserta
Antara games yang ada
Bergambar selepas larian
On the road to back home
nampak keletihan agaknye
"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sya Allah"
Salam Ukhuwah:
Hamba Allah
No comments:
Post a Comment