Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Saturday, February 23, 2013

0
Komen

Awan Mengikuti Orang

Assalamualaikum :)
♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.

Di Riwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya seorang anak gadis. Suatu saat, gadis itu mendapat tugasan untuk menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal itu, mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal itu memanggil anak gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. 

Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasakan dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tekaknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, 
"Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."


Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan, ia diserang kehausan dan nyaris mati. Kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. 

Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sya Allah"
Salam Ukhuwah:
Hamba Allah

No comments: