Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Wednesday, December 22, 2010

0
Komen

HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh
Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami
ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat
yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta
taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan
sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui
kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu
dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan:
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah
saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan
kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah
disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan
Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh
kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis
Nabi saw.

3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al
Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli
sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat
jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.

4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang
ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan
contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang
baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya
dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).

"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"

Tuesday, December 14, 2010

0
Komen

Semester Baru Telah Bermula..




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Rasanya masih belum terlambat sekiranya ana bagi mewakili barisan kepimpinan Rakan Pusat Islam nak mengucapkan "Selamat Datang Ke Politeknik Sultan Azlan Shah". Semoga segala ilmu yang bakal anda semua tuntut di sini akan memberi manfaat dan diberkati Allah, insya-Allah.

Baiklah.. Perihal Rakan Pusat Islam.. Apa yang dah berlaku sepanjang seminggu sesi perkuliahan yang lalu?? Alhamdulillah..seminggu sebelum minggu perkuliahan bermula, kita telah melakukan sesi pengenalan RAPI di 2 venue yang berbeza.. Yang pertama, di Dewan Serbaguna dan yang ke dua, di Pusat Islam lah. Walau bagaimanapun, sesi penerangan yang pertama di Dewan Serbaguna terganggu disebabkan masalah teknikal. Tapi alhamdulillah..sesi pengenalan di Pusat Islam berjalan lancar..

Selesai masa Minggu Suai Kenal, melangkah ke minggu perkuliahan yang pertama. Pada hari Isnin yang lalu, borang ahli baru diedarkan kepada semua pelajar baru. Walaupun yang
mengambil borang taklah terlalu ramai, tapi kami yakin, yang berada di dalam Pusat Islam pada malam itu adalah pilihan dari Allah. Ana lihat, yang ambil borang pada malam tu, semuanya bagus-bagus belaka. tu yang ana jangka pada pertama kalinya. Tapi, alhamdulillah jugak la, sebab semuanya berjalan lancar..

Pada petangIsnin, sebelum berlakunya sesi penyerahan borang ahli RAPI, ana dan sahabat pimpinan yang lain terfikir, pada esoknya, (hari selasa,1 Muharram) hari cuti. Terlintaslah di dalam pemikiran kami, untuk menganjurkan satu program sebagai sesi pengenalan kepada ahli yang belum ada ni. Ana dan sahabat telah melaksanakan satu program,ala-ala Sinar Pagi Jalinan Ukhuwah. PAda mulanya, agak takut jugak, kalau-kalau takde pesertauntuk esoknya yang merupakan hari cuti, rancang dulu lah. Dan pada malamnya, kami adakan meeting untuk bincang apa yang patut sebelum program berjalan pada esok harinya.. Selesai meeting, kami masing-masing berdoa untuk memohon pada Allah,agarsemuanya berjalan lancar pada esok harinya...

Hari yang dinantikan, hari cuti umum, yang ana jangka, program pada pagi ni perlu dibatalkan. Tapi, sebaik ana sampai di Pusat Islam, alhamdulillah,ramai jugak peserta program pada hari tersebut. Jadi,tak menghampakan ana dan sahabat-sahabat ana yang merancang program ini pada malam sebelumnya.. Program pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Maal Hijrah, kan hari tu merupakan tahun baru dalam kalender Islam.. Jadi tu adalah pembuka program yang akan berlangsung selepasnya..

Agenda yang pertama, Sesi Taaruf bersama dengan ahli Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam yang di buat di dalam Pusat Islam. Segalanya berjalan lancar.. Seterusnya.. sesi pecahkan ais atau "Ice Breaking" yang telah di uruskan oleh Syafiq Md Fouzi.. Macam-macam la yang adik-adik ni kene buat..janji rapat..dah selesai "Ice Breaking", semua AJK-AJK pergi ke tempat masing-masing.. Acara pada pagi tu adalah jogging je..dan dalam jogging-jogging tu..adik-adik ni kena berhenti kat tempat;tempat AJK-AJK ni duduk, untuk selesaikan beberapa masalah.. Yang berupa soalan-soalan tentang asas fardu ain..seperti rukun islam, rukun iman, rukun solat, nama-nama malaikat dan yang berkaitan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah.. Yang asas aje la..Bukan yang detail sangat..

Jadi hasilnya, alhamdulillah..semua seronok dan semua dapat ilmu yang baru (sebenarnya ada yang lupa..jadi..kira baru la kan??hehehe) untuk adik-adik semua simpan.. Alhamdulillah..semua seronok dan senang hati..sebab program RAPI yang pertama berjalan lancar..
Nanti kanprogram kedua Rakan Pusat Islam yang akan berlangsung pada insya-Allah dua minggu akan datang.. Segalanya akan dimaklumkan di dalam Blog ini dan dalam Group Facebook RAPI..

Bersua lagi di lain masa..
Assalamualaikum.. ^_^
"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"

Sunday, December 5, 2010

0
Komen

Hijrah pencetus muafakat membangunkan Islam

Kewibawaan Rasulullah membina masyarakat bersatu padu wajar dijadikan teladan

PERISTIWA Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.

Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara.

Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.

Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.

Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.

Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.

Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.

Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.

Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.

Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.

Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.

Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.

Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.

Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.

Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.

Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.

Oleh Nik Mustapha Nik Hassan (epondok.wordpress.com)

"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"