Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Wednesday, June 2, 2010

0
Komen

Gabungan Alumni Pusat Islam (GAPI) telah membuat "group" dalam laman sosial ciptaan Malaysia dibawah kementerian belia dan sukan.. dalam usaha memboikot Facebook... sekarang kita dah ada alternatif lain untuk berhubung tanpa bantuan FB...

Semoga dalam usaha kita memboikot FB ini akan menjejaskan syarikat FB sendiri... kerana kehilangan pelanggan.. walaupun usaha kita nampak sedikit, bak kata orang takkan memberi efek pun pada FB tapi terlintas difikiran saya sekarang satu kisah yang pernah atuk saya ceritakan suatu masa dulu... harap tiada kesilapan jika ada kesilapan tolong beritahu segera...

Ini suatu kisah yang berkaitan dengan Nabi Allah Ibrahim.. ketika Nabi Allah Ibrahim sedang dibakar api.. dua ekor binatang berbicara... seekor burung dan jika tak salah saya seekor keldai..

Keldai:apa yang kau lakukan tu wahai burung?

Burung:aku mengambil air menggunaka paruh aku untuk memadamkan api yang membakar
Nabi Allah Ibrahim.

Keldai:tidak ada gunanya kau mengambil air itu wahai burung kerana ianya tidak memberikan
kesan kepada api tersebut pun..

tetapi burung menjawab

Burung: aku melakukan ini kerana Allah...jika di Akhirat kelak ditanya Allah apa yang kau telah
lakukan ketika Nabi Allah Ibrahim sedang dibakar ak mampu menjawabnya... aku
sudahcuba untuk membantu Nabi Allah Ibrahim dengan membawa air ini...walaupun
aku tahu tiada kesan tapi aku lakukan ini kerana Allah.. Allah lah maha berkuasa atas
segala benda...

Allahuakbar!!! jika kita tidak mampu untuk mengangkat senjata...jika kita tidak mampu untuk menhulurkan bantuan berupa wang...lakukanlah yang semampu mungkin... berdoa untuk kemenangan ISLAM...



Tambahan....ketika saya mendengar tazkirah ustaz Zahazan di IKIM mengatakan semua binatang menolong dalam memadamkan api Nabi Ibrahim... tetapi hanya seekor binatang yang enggan iaitu cicak...bukan setakat tidak mahu menolong bahkan menuip lagi api tersebut.. supaya lebih marak bg untuk membakar Nabi Ibrahim.


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

No comments: