Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Wednesday, June 23, 2010

0
Komen

.:AHLAN WASAHLAN:.


...SELAMAT DATANG....

Ahlan Wasahlan.. diucapkan kepada pelajar-pelajar baru..
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH bagi sesi Julai 2010...

Disini ANA ingin mengambil kesempatan utk memberi sedikit ucapan ceewah!! baiklah...ANA mendoakan semoga kehidupan antum selama 2 atau tiga tahun di PSAS ini akan memberikan antum pelajaran dan pengajaran yang dapat antum gunakan pada bila-bila masa..

Carilah ilmu sabanyak yang mungkin kerana jika kita diluar tidak mungkin kita akan memperolehi ilmu yang ada semasa berada di kamsis percayalah... diluar sana terlalu banyak dugaan dan cobaan yang mungkin antum berjaya atau juga mungkin antum akan tersungkur....




Jadi jangan mengsia-siakan peluang yang ada di depan mata bukan sahaja kita mengejar ilmu dunia tetapi akhirat jangan lupa...
satu pesanan buat antum...jangan sesekali merungut dalam segala hal...kita bukan lagi pelajar sekolah menengah kita sudah berada satu tahap yang boleh dipanggil mahasiswa.

Harapan ANA antum dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi persekitaran yang mungkin lain dari yang lain..dan jangan kita lari dari perjuangan...




"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Wednesday, June 2, 2010

0
Komen

Gabungan Alumni Pusat Islam (GAPI) telah membuat "group" dalam laman sosial ciptaan Malaysia dibawah kementerian belia dan sukan.. dalam usaha memboikot Facebook... sekarang kita dah ada alternatif lain untuk berhubung tanpa bantuan FB...

Semoga dalam usaha kita memboikot FB ini akan menjejaskan syarikat FB sendiri... kerana kehilangan pelanggan.. walaupun usaha kita nampak sedikit, bak kata orang takkan memberi efek pun pada FB tapi terlintas difikiran saya sekarang satu kisah yang pernah atuk saya ceritakan suatu masa dulu... harap tiada kesilapan jika ada kesilapan tolong beritahu segera...

Ini suatu kisah yang berkaitan dengan Nabi Allah Ibrahim.. ketika Nabi Allah Ibrahim sedang dibakar api.. dua ekor binatang berbicara... seekor burung dan jika tak salah saya seekor keldai..

Keldai:apa yang kau lakukan tu wahai burung?

Burung:aku mengambil air menggunaka paruh aku untuk memadamkan api yang membakar
Nabi Allah Ibrahim.

Keldai:tidak ada gunanya kau mengambil air itu wahai burung kerana ianya tidak memberikan
kesan kepada api tersebut pun..

tetapi burung menjawab

Burung: aku melakukan ini kerana Allah...jika di Akhirat kelak ditanya Allah apa yang kau telah
lakukan ketika Nabi Allah Ibrahim sedang dibakar ak mampu menjawabnya... aku
sudahcuba untuk membantu Nabi Allah Ibrahim dengan membawa air ini...walaupun
aku tahu tiada kesan tapi aku lakukan ini kerana Allah.. Allah lah maha berkuasa atas
segala benda...

Allahuakbar!!! jika kita tidak mampu untuk mengangkat senjata...jika kita tidak mampu untuk menhulurkan bantuan berupa wang...lakukanlah yang semampu mungkin... berdoa untuk kemenangan ISLAM...



Tambahan....ketika saya mendengar tazkirah ustaz Zahazan di IKIM mengatakan semua binatang menolong dalam memadamkan api Nabi Ibrahim... tetapi hanya seekor binatang yang enggan iaitu cicak...bukan setakat tidak mahu menolong bahkan menuip lagi api tersebut.. supaya lebih marak bg untuk membakar Nabi Ibrahim.


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Tuesday, June 1, 2010

0
Komen

.:Serang Facebook:.


--muka depan milatfacebook--


Ini adalah artikel yang berkaitan dengan salah satu laman sosial yang dilancarkan di Pakistan..


atas sebab menghina Rasulullah S.A.W.. ikuti artikel---->





"""ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.
Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.
“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.
Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.
Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.
Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP"""


(Berita Harian 29 mei2010)




Kita dah mempunyai banyak alternatif lain untuk memboikot FB..dalam fikiran saya..kita mesti berubah.....dalam malaysia kita ada www.myfriends2u.com aplikasinya juga hampir sama dengan FB.



"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"