Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Friday, April 23, 2010

1
Komen

.:KASIH JANUARI 2010:.





Alhamdulilah...
kem Kearah Satu Ikatan Hati baru sahaja selesai pada jam 3.00 petang bertarikh 3 jamadilawal bersamaan 18 april 2010...
kem berlajalan selama 3 hari 2 malam bertempat di kawasan perhililitan sungkai.. lebih kurang sejam perjalanan dari poli,
peserta kali ini berjumlah 43 orang 22 muslimin dan 21 muslimat..
setelah diberi perlepasan kelas pada hari jumaat, peserta bersama dengan ajk kem KASIH bertolak ke tapak kem dengan menaiki bas selepas solat jumaat.
setiba peserta di tapak kem, peserta di kehendaki mendirikan khemah...sebuah khemah 5 orang...
setelah siap mendirikan khemah peserta dibiarkan untuk mengemas diri kemudian seterusnya solat asar.....
pada sebelah malamnya pula setelah selesai solat isyak, peserta mengikuti aktiviti pertama iaitu memecahkan ais... ataupun 'ice breaking dalam omputihnya.. sampai sekarang saya tak taw kenapa mesti panggil ice breaking xleh ke sebut ice kacang ke hehehe...
sesi ice breaking dikendalikan oleh ukhti syaz.. sungguh semangat dan berwibawa dia malam tu... huhuhu.. tahniah...
kemudian sesi taklimat disiplin oleh akhi wan.. semasa taklimat ini juga diberikan barang amanah pada para peserta.. barang amanah kali ini adalah sebiji belon y berisi air.. BINTANG tak tahu la sama ada adik-adik ni faham apa itu barang amanah sebabnya.. sebelum habis kem ag barang amanah entah kemana... sedih-sedih...... :'(



-HARI KEDUA-
setelah selesai semua perkara peserta dibenarkan tidur..kemudian dibangunkan pada pukul 4 pagi untuk qiamullai bersama ustaz Baharudin.. 4 solat sunat didirikan.. solat tahajud, taubat,hajat, dan tasbih.. solat diselangi dengan zikir munajat.. mengikut pendapat peserta ada yang mengatakan qiamullai tersebut memang seronok...
setelah selesai solat, sarapan dan beriadah adik-adik dibawa melawat haiwan-haiwan yang ada dlam kawasan perhililitan.. antaranya seladang, rusa, burung-burung dan juga diberi sedikit taklimat berkaitan perhilitan sebelum peserta dibawa melawat haiwan-haiwan tersebut.
balik sahaja dari melawat haiwan-haiwan tersebut...adik-adik mengikuti ceramah dari ustaz Marzuki.. ketika ustaz mahu memulakan ceramah datang seekor burug enggang.. datang turut bersama ada dalam khemah.. huhu.. pastu ustaz pon kate dia teringat kisah nabi daud yang apabila ketika baginda hendak berdakwah burung juga ikut bersama daam majlis...
kemudian setelah selesai solat zohor.. adik-adik menyiapkan diri untuk masuk hutan bagi menjalankan aktiviti jungle tracking... terdapat beberapa checkpoint ya perlu ditempuhi oleh adik-adik di antaranya ialah checkpoint ibadah, akhidah, akhlak... setiap checkpoint adik-adik akan ditanya berkaitan dengan checkpoint tersebut...



-HARI KETIGA-
pagi itu dijalanlan aktiviti beriadah bersama...kemudian peserta diberi tugasan untuk memasukkan air dari dalam tin biskut kedalam baldi... tin tersebut telah pon ditebuk kemudian di ikiat dengan tali... kemudiannya tali tersebut di pegang oleh adik-adik...
aktiviti ini dimenangi oleh adik-adik muslimin dengan kepakaran yang ada pada mereka, mereka telah berjaya memasukkan air tersebut kedalam baldi tanpa mengendurkan tali tersebut walaupun pada hakikatnya kendur jugak.. apalah...
setelah selesai aktiviti tersebut..adik-adik dikehendaki menyanyikan lagu tema bagi kem kali ini tajuk lagu ialah semarak perjuangan tapi macam tak semarak sangat pon adik-adik ni nyanyi... dan satu lagu lagi bertajuk dunia baru islam..
seterusnya seletah diberi masa untuk memperkemaskan diri...adik-adik diminta mengikuti slot ceramah yang terakhir untuk hari tersebut.....
setelah semuanya selesai.. sesesudah membaca doa wihdah.. sesi fotografi.. dibuat selepas menjamu makan tengah hari... huhuhu...
selesai fotografi... adik-adik muslimin bergotong royong mengemaskan tapak khemah...
tak seberapa minit kemudian bas pon tiba...adik-adik tiba di poli dalam jam 5 petang..
semua penat... berakhirnya kem ini diharapkan adik-adik dapat merealisasikan ape yang diperkatakan semasa dalam kem bukan cakap sahaja.. ibarat tin kosong bunyi ja kuat tapi apa pon xda..ukhuwah yang terjalin diharap akan berterusan sehingga hari akhirat... AMIN...
moga bertemu lagi pada kem kasih yang akan datang moga lagi mantap dan berisi...
AMIN YA RABBI...

1 comment:

peringatan buat yang lupa said...

seali lg aku xdpt join..waaa..