Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Saturday, April 27, 2013

0
Komen

Anjing-Anjing Neraka


Assalamualaikum :)
♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz ;
 "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :


 -·> Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
 -·> Bacalah Al-Qur'an
 -·> tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
 -·> Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
 -·> Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
 -·> Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
 -·> Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
 -·> Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
 -·> Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
 -·> Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


*Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
 "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W ; 
 "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz ;
 " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W ; 
 "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T." 
Wallahu a'lam..


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sya Allah"
Salam Ukhuwah:
Hamba Allah

Sunday, April 21, 2013

0
Komen

Malam Tautan Ukhwah Mahasiswa

Assalamualaikum :)
♥ للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini.

Program : Tautan Ukhwah Mahasiswa bersama Anak Yatim Bait al-Amin
Tarikh    : 19 - 20 April 2013
Tempat  : Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin Parit, Perak
Masa      : 0800 am - 1400 pm
Tema      : Islamic Corporate

           Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, Rakan Pusat Islam (RAPI) telah melakar sejarah kerana telah berjaya melaksanakan program yang julung kali diadakan.
           Sehubungan dengan itu, program ini merupakan program yang pertama sekali diadakan di luar dan telah mencatat sejarah baru setelah ia diraikan bersama dengan Anak Yatim dan Warga Miskin Bait al-Amin.
           Kejayaan program ini dihasilkan dengan kerjasama oleh Pengarah Program, Ahmad Rahman b Mohd Zaini, TP Program, Nurul Ain bt Mursyid, dan tidak lupa AJK Pelaksana.
Syabas dan tahniah kepada semua AJK pelaksana dan ribuan terima kasih kepada Rumah Anak Yatim Bait al-Amin, serta para tetamu yang sudi hadir sepanjang program tersenut
          Natijahnya, program ini menjadi virus akedemik, dimana keriangan , kesedihan, dan penghayatan dapat dirasai bersama.

Pengarah Program 
Ahmad Rahman b Mohd Zaini

tetamu dari pelajar Li






makan tengah hari


mendengar taklimat program 

bergerak ke tempat games 






sambut hari kelahiran anak yatim 












Hari Ke-Dua































"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sya Allah"

Salam Ukhuwah:
Hamba Allah