Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Sunday, January 6, 2013

1
Komen

Arak Punca Kejahatan

Assalamualaikum :) 
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini. 

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. 
Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.


Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. 
Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. 

Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. 

Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."



"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" 
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" 
 "In Shaa Allah"

Salam Ukhuwah:
Hamba Allah SWT











Tuesday, January 1, 2013

0
Komen

Kasih Sayang Allah SWT

Assalamualaikum :) 
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini. 

Seorang lelaki dikenali sangat giat beribadah.
 Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. 
Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan,
 setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, 
"Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
Nauzubillah Min Zalik..

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!,
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT.
Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya,
Sesungguhnya, dialah yang Maha Pengampun lagi maha Penyayang"
[39.53]



 Salam Ukhuwah:
Hamba Allah



"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" 
 "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" 
 "In Sya Allah"