Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..

Sunday, December 23, 2012

0
Komen

Batu-Batu Yang Aneh

Assalamualaikum :)
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ana memulakan penulisan ini. 


Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :

· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"

"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"In Sha Allah"

 Salam Ukhuwah:




Saturday, June 30, 2012

0
Komen

Kenapa ingin menjadi perawat islam ?



Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...

Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....

Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?

Antara jawapannya:
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya..Isteri saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku!!!!!

......dan berbagai-bagai lagi......

Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....

"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"

Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!

Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!

Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!! Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....

Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi.

...dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!! Dia baca tak sama macam awak baca la..........

Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...TAQ Darul Hikmah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!

Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!

Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....

Ibarat kata, Tuan Admin forum Terapi al Quran merangkap perawat TAQ Darul Hikmah Klang, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"

Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!

Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!'

Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....

Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:

1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...

2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....

Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!"

Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....

Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIIN!!


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"

Thursday, June 7, 2012

0
Komen

Dakwah Bukan Hobi

Adik : Kak, dakwah tu wajib ke? 
Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

 Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.
Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)

Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.
Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?
Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?
Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?
Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.
Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?
Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.
Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.
Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.
Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.

Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.
Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."

Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?
"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"
Komited dalam pengorbanan.


Thursday, March 1, 2012

1
Komen

Mahligai Cinta Abadi






Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat dipertemukan sekali lagi untuk berkongsi sedikit ilmu yang tinta peroleh ini maka tinta ingin berkongsikan dengan anda semua. Seperti biasa sebagai pembuka kalam kali ini, ayuh kita lihat kata-kata Prof. Dr. Hamka ini.

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus , tumbuhlah kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”




Apa yang dapat kita fahami daripada kalam di atas? Sebenarnya cinta itu adalah fitrah yang ada pada diri setiap manusia itu. Jika tiadanya cinta maka kita tidak akan mengenal Pencipta, tanpa cinta kita tidak akan mencintai Baginda Rasulullah dan tanpa cinta mungkin kini manusia akan saling melakukan pemberontakan antara satu sama lain. Jadi cinta itu adalah anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya sebagai wadah dalam mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepadaNya.




Persoalannya kemanakah kita membawa bahtera cinta ini? Adakah di jalan yang diredhai ataupun sebaliknya?




Mungkin tidak asing bagi kita pada hari ini, apabila kita bicara tentang cinta. Ada satu lagi istilah yang amat berkait rapat dengan cinta iaitu COUPLE. Ramai remaja kita dibuai oleh khayalan cinta murahan ini (COUPLE). ‘Aku cinta padamu!’ , ‘Akan ku redah lautan badai dan aku renangi lautan berapi!’ dan banyak lagi ungkapan manis yang acapkali dilontarkan apabila seorang uda dan dara dibuai khayalan cinta murahan ini. Tetapi adakah mereka sanggup lakukan segala apa yang diperkatakan? Tepuk dada, gegar minda kita agar tersingkap khayalan yang dek bermain di ruang legar minda kita saat ini.




Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."




Nah, jelas dalam ayat di atas telah menerangkan bahawa Allah melarang hambaNya dalam menghampiri perbuatan zina ini. Untuk menghampiri zina telah haram apatah lagi untuk kita melakukannya. Adakah kita berani melanggar perintah Pencipta kita iaitu Allah SWT ini? Sedangkan Dia-lah yang telah mencipta kita tetapi kita ingkar akan perintahNya. Kita telah melakukan kezaliman kepadaNya dengan mengingkari perintahNya. Adakah ini balasan kita kepada Allah SWT yang telah mencipta kita selama ini?




Budaya COUPLE yang rancak dipraktikkan oleh golongan remaja hari ini merupakan suatu budaya yang bertentangan dengan fitrah dan tidak berlandaskan syariat Islam. Cuba kita imbas kembali kata-kata Dr. Hamka di atas, jika cinta itu jatuh di tanah yang tandus maka banyaklah perkara-perkara yang tercela akan berlaku. Kenapa ini semua berlaku? Dek kerana cinta itu tidak diberkati oleh Allah dan tidak terarah kepadaNya. Majoriti remaja kita pada hari ini, dengan tiadanya sifat malu dalam diri dengan penuh bergaya melakukan aksi-aksi dan perlakuan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. Berpelukan, berpegangan, bercumbuan dan pelbagai lagi aksi-aksi yang acapkali dilakukan ketika berCOUPLE.




Mungkin keseronokan ini dapat dirasakan tetapi ketahuilah bahawa keseronokan ini bukanlah untuk selamanya kerana azab Allah pasti tiba apabila kita telah murka dengan PerintahNya. Kini satu lagi fenomena yang berlaku ialah ‘COUPLE ISLAMI’ yang semakin popular dalam kalangan remaja. ‘Kami couple ustaz tapi kami tak pernah pegang apatah lagi melakukan benda yang haram!’ Inilah ayat yang acapkali dijadikan sebagai alasan dalam menghalalkan COUPLE ini. Seperti yang telah saya terangkan di atas iaitu, Allah melarang kita untuk mendekati zina. Mungkin pada peringkat awal kita mengatakan bahawa kita tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kita perlu sedar bahawa Syaitan mempunyai 1001 helah dalam menyesatkan dan membawa kita ke kancah kemungkaran ini.




Adakah kita seorang yang teguh imannya? Sudah tentu tidak. Tiada sesiapa yang teguh imannya seperti Rasulullah SAW dan juga para sahabat Baginda. Jadi tidak mustahil jika kita juga akan hanyut dibuai khayalan cinta murahan ini. Renungilah kata-kata daripada tokoh ilmuwan Islam ini, “Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu belaka, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.” (al-Farabi)




Cinta yang HAKIKI ialah cinta itu dibawa menuju Allah SWT semata-mata dan demi mengharapkan keredhaanNya sahaja. Tiadanya istilah COUPLE dan tiadanya istilah cinta sebelum kahwin kerana cinta selepas kahwin itulah yang terbaik dan diredhai oleh Allah SWT. Seperti cinta Muhammad Ibn Abdullah dan juga Saidatina Khadijah bt Khuwailid yang mana mereka membawa bahtera cinta ini ke jalan Ilahi dan akhirnya cinta itu diredhai oleh Allah SWT.




Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam budaya COUPLE ini, seeloknya berhenti dan keluarlah daripada kepompong maksiat yang membelenggu kehidupan anda kerana tiada keberkatan dalam kemaksiatan. Andai anda benar mencintai dirinya maka binalah suatu mahligai cinta yang berlandaskan syariat dengan berkahwin dan jadikan dirinya sebagai isteri ataupun suami kerana hanya cinta yang diredhai Allah SWT sahaja akan membawa kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Andai diri terasa belum mampu untuk berkahwin maka bersabar dan berpuasalah demi mengekang hawa nafsu yang bergelojak dalam diri. Dan selalulah memohon daripada Allah SWT agar diberikan hidayah dan rahmat kepada kita dalam membina mahligai cinta yang ABADI.




Akhirul kalam untuk kali ini, renungilah kata-kata ahli sufi ini, “Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan.”

Jangan ditagihkan cinta manusia,
Kelak jiwa akan merana,
Tetapi tagihkan cinta Ilahi,
Kelak selamat duniawi dan ukhrawi.


Indahnya cinta jika dibina atas landasan Islam,
Indahnya cinta jika disemai dengan kemanisan Iman,
Indahnya cinta jika dituju kepada Pencipta.




“Cinta itu ibarat permata yang indah dan sukar dicari, ianya memerlukan mujahadah dalam mengggapai mahligai cinta yang abadi.”






"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"

Monday, February 27, 2012

3
Komen

HARI KELUARGA PSAS

Hari keluarga  RAKAN PUSAT ISLAM PSAS
Tarikh : 28 -29 Januari 2012
Tempat : Teluk Senangin , Perak


aktiviti yang pertama ialah
aktiviti yang kedua kami mencari barang dalam tepung...
aktiviti yang ke tiga masukan air ke dalam belon




"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" "Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" "InsyaAllah"