POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
Cari tidak salah. Duit sebenarnya menjadi alat demi mentaati Allah. Dengan wang itu dapatlah kita membayar zakat, menunai haji, berjihad serta membantu yang tidak berkemampuan. Islam meletak harta di tempat yang mulia sekiranya diurus dengan cara dengan berhemah. Yang kita bimbangkan kesibukan mencari sehingga melalaikan kita.
Ada yang rela bekerja sia dan malam mencari harta hingga mengabaikan hak keluarga di rumah, anak – anak mendapatkan pendidikan, hak tuhan untuk disembah, bahkan yang paling parah ak anggota tubuh untuk beristirahat hanya demi harta yang nilai tak seberapa.
Yang hendak kita bincangkan pada kali ini adalah bagaimana keslipan kita dalam melihat nilai yang kita buru habis – habisan. Padahal nilai akhirat itu perlu kita perjuangkan. Ini tidak apabila kita sudah mendapat wang, kedekut ibarat tangkai jering. Dengan nilai wang RM 10 ribu misalnya kita boleh dapat dan beli apa sahaja. Tetapi pernahkah kita fahami nilai dua rakaat solat sunat tahajud, nilai zakat, sedekah, membaca Al-Quran, zikir? Adakah ia seimbang? Jesteru, itu yang kita perlu perbetulkan segera.
Wang adalah sebagai alat untuk membeli akhirat dan syurga. Ini kerana dengan kefahaman inilah mereka mencarinya dengan betul serta menggunakannya pun dengan cara yang betul,
Dunia mereka dapat, akhirat pn mereka juara. Contohnya, sahabat nabi jika mereka tertinggal takbiratul ihram di dalam solat berjemaah sahaja, mereka bersedih dan berkabung selama tiga hari seolah – olah mengalami kerugian yang amat sangat.
Lain pula halnya dengan kita, kadang – kadang sanggup melupakan amalan demi bentuk keduniaan. Bertambah hairan kita tidak rasa bersalah hanya demi membina dunia itu. Contohnya solat, apabila berkemundangan azan menandakan sudah masuk waktu solat. Kuam lelaki sepatutnya berpusu – pusu menuju ke masjid atau surau ataupun dimana sahaja azan tersebut dilaungkan. Manakala wanita pula bersegera solat diawal waktu, tetapi apa yang terjadi adalah kita sibuk mengutamakan kerja dengan alasan mencari rezeki.
Sedangkan Allah menghubungkan rezeki itu sendiri dengan solat. Firman Allah bermaksud: “Perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah emhkau tekun bersabar dengan menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) kamilah yang memberikan rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang – orang yang bertaqwa. (surah Thaha: 132).
Betapa jauhnya fahaman kita berbanding dengansahabt nabi. Mereka rela sanggup mewakafkan kebun kerana ia menjadi penyebab lalai dalam bersolat. Jika akhirat sahabat bergoyang, mereka sanggup lepaskan dunia mereka untuk meneguhkan akhirat. Kita pula terbalik, kita sanggup melepaskan akhirat demi memperteguhkan dunia.
Amat menghairankan kita tidak terasa bersalah pun melewatkan solat demi dunia kita, apatah lagi rasa bersalah disebabkan malas serta tidak fokus dalam mengerjakan solat.
Bagi menyedapkan hati, kita bandingkan dengan pula diri dengan orang tidak bersolat. Maka jawapanya “saya lebih baik daripada mereka yang tidak bersolat”. Oh betapa jauhnya kita. Jangan dibandinkan rohani kita dengan orang lebih rendah dri kita tetapi bandinkalah kita dengan orang yang lebih tinggi dari kita seperti sahabat Rasulullah.
Amatlah rugi jika kita hanya faham dunia dan kualiti ISO 9001 saja. Berusahala ke arah mencapai kualiti rohani sebagaimana rohani para sahabat Rasulullah.
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara, sedangkan akhirat itu kekal abadi. Umur dunia mungkin panjang lagi, tetapi apa yang pasti umur kita tidak akan sepanjang umur dunia ini.