Disini Bermula Segalanya..

Disini Bermula Segalanya..
Showing posts with label ::artikel::. Show all posts
Showing posts with label ::artikel::. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

0
Komen

Cinta Islamik?

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Wednesday, May 4, 2011

0
Komen

.:Aurat:.

 Assalamualaikum....

 AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami…

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.




"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Sunday, January 23, 2011

2
Komen

.:Amad dan Atuk:.




Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.

Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"

Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."

Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.

"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."

Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.

"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.

Betulkah tidak berguna?

"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."

Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".

Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.



"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Tuesday, August 17, 2010

0
Komen

::Nak buka Puasa::



Ramadhan al-Mubarak bertandang lagi. Serentak itu juga bermula satu fenomena masyarakat, iaitu perlumbaan mengambil kesempatan di atas kehadiran bulan mulia lagi berkat ini.

Sepertimana namanya sebagai al-Mubarak, yakni bulan penuh keberkatan, maka antara intipati utama keberkatan Ramadhan itu ialah janji Allah Ta’ala bahawa di sepanjang bulan mulia ini disediakan berbagai bentuk peluang dan keistimewaan yang perlu direbut. Untuk itu, Islam mengajar kita bahawa perlumbaan paling utama bagi umatnya ialah mengejar dan memanfaatkan pelbagai kelebihan yang disajikan Allah Ta’ala di bulan penuh berkat ini.

Antaranya peluang dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan. Keadaan itu sepatutnya menjadikan kita tiada lagi alasan untuk tidak terdorong melakukan kebaikan.

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. ada menyebut bahawa Ramadhan menyajikan peluang untuk umat Islam mengejar rahmat, maghfirah (keampunan) dari Allah dan pembebasan daripada api neraka.

Manakala Ramadhan sebagai bulan al-Quran pula membentangkan umat Islam dengan lautan nikmat dan rahmat yang terkandung di dalam kitab suci itu sendiri. Hanya dengan mendampingi dan menghayati kandungannya, umat Islam akan benar-benar dapat mengecapi hakikat al-Quran sebagai “hudan lin-naas” (petunjuk bagi manusia), “bayyinatin minal huda” (memperjelaskan jalan kepada petunjuk) dan “al-furqan” (yang membezakan), yakni menerangkan kepada manusia tentang mana hak dan batil, beza antara iman dan kufur, Islam dan jahiliyah.

Allah Ta’ala mengangkat lagi keistimewaan Ramadhan dengan adanya satu malam amat berkat yang dinamakan Lailatul Qadar. Satu malam itu disebutkan di dalam al-Quran ‘lebih baik daripada seribu bulan’, yakni kira-kira 83 tahun.

Di bulan Ramadhan juga Allah Ta’ala menggandakan ganjaran pahala bagi setiap amal. Sesuatu amal sunat diberi ganjaran seperti amal fardhu, manakala satu amal fardhu dilipatgandakan ganjarannya sehingga 70 kali.

Betapa pun ghairah masyarakat kita memanfaatkan kehadiran Ramadhan dengan perlumbaan ukhrawi itu, kita tidak boleh menafikan betapa kita juga ikut terjebak dengan perlumbaan yang lebih menjurus kepada kepentingan duniawi.

Di negara kita, mahu pun di serata dunia Islam, kehadiran Ramadhan seakan sinonim dengan pesta makanan. Berbagai juadah dan masakan enak yang antaranya tidak ditemui di bulan-bulan lain sepanjang tahun, tiba-tiba muncul berlambak-lambak di bulan puasa.

Sebilangan umat Islam mengambil kesempatan berniaga. Gerai dan kanopi menjual kuih-muih dan lauk-pauk terpacak di hampir setiap lokasi strategik di segenap pelusuk tanahair. Tabiat umat Islam yang tidak lokek berbelanja dan terdorong pula oleh kemaruk selera perut yang lapar, menyuburkan aktiviti perniagaan segera ini.

Selain perniagaan makanan dan minuman, bahan mentah dan keperluan dapur, turut mula dipromosi secara hebat sebermula Ramadhan ialah perniagaan pakaian dan lain-lain keperluan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Idulfitri. Keghairahan menyambut kedatangan Hari Lebaran mendorong umat Islam tidak begitu mengambil kira soal harga ditawarkan peniaga.

Satu fenomena yang semakin menjadi kecenderungan masyarakat negara kita sejak beberapa dekad kebelakangan ini ialah untuk berbuka puasa di luar. Disebabkan wujudnya permintaan dan kecenderungan masyarakat, maka hidangan bufet Ramadhan kini menjadi perlumbaan di kalangan restoran, resort, hotel dan berbagai lokasi berprestij lain.

Namun suatu pendedahan agak membimbangkan, tidak semua premis yang menawarkan sajian berbuka puasa itu diyakini status halal mereka. Satu kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepertimana dipetik kebanyakan media cetak pada Rabu mendedahkan hanya 22 daripada sekian banyak hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang diberikan pensijilan halal oleh pihaknya.

Di atas hakikat itu, beliau memberi amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadhan (menggambarkan seolah-olah ianya halal) atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Akhbar pada hari sama turut mendedahkan majoriti kopitiam di ibukota masih belum memiliki pengesahan halal oleh Jakim. Kita percaya kes-kes dihadapi premis makan di sekitar ibukota itu turut dihadapi di seluruh negara.

Ertinya, ancaman wujudnya kemungkinan umat Islam yang berpuasa disajikan makanan yang diragui status halalnya atau termasuk kategori syubhah bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi. Kita diajar betapa pahala dan kesempurnaan ibadat puasa itu boleh terhakis dan terkikis oleh beberapa perkara. Antaranya apabila orang berpuasa itu terlibat dalam perkara syubhah, termasuk mengambil makanan yang diragui status halalnya.

Islam mengajar kita bahawa yang halal dan haram itu jelas, sedangkan yang di tengah-tengah antara keduanya adalah syubhah atau perkara meragukan. Cara terbaik memastikan lapar-dahaga dan keletihan kita sepanjang hari tidak berlalu sia-sia ialah dengan menjauhi sesuatu yang syubhah.

Alang-alang kita sudah bersedia berlumba mendapatkan berbagai keutamaan dan kesitimewaan disajikan Allah Ta’ala di bulan penuh berkat ini, mengapa tidak kita pastikan perlumbaan kita itu tidak dicemari dengan sikap tidak cermat kita sendiri di dalam memilih sajian yang halal lagi baik?

Hayatilah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 (bermaksud):

“Wahai manusia, makanlah apa-apa yang ada di muka bumi daripada benda-benda yang halal lagi baik dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia (syaitan) seteru kamu yang nyata.”

"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Sunday, August 1, 2010

0
Komen

::Nisfu Syaaban bakar semangat pejuang Islam::

Eropah pasti jadi wilayah Muslim andai pejuang tauhid tidak tewas di Perancis pada 141H


WALAUPUN Nisfu Syaaban bukan ajaran inti dalam Islam, ia tetap mempunyai impak tersendiri bagi kehidupan umat Islam. Bahkan, seandainya ada yang terang-terangan melarangnya, dia akan berdepan dengan pihak berkuasa di sesetengah kawasan seperti juga jika ada orang yang menyuruhnya secara terang-terangan di rantau lain dia akan berdepan dengan pihak berkuasa rantau itu.

Walaupun Syaaban sudah ribuan kali berulang akan tetapi satu bulan Syaaban yang berlaku pada tahun 141 Hijrah memberi impak khusus bagi umat Islam dalam kehidupan dakwah menyeru umat manusia tunduk kepadanya.
Jika kejadian pada Syaaban 114H, Jumaat atau tarikhnya bersamaan 10 Oktober 732M tidak berlaku, maka sejarah dunia sudah berputar dalam putaran yang lain.

Ahli sejarah Barat, Edward Gibon dalam Roman Empire berpendapat seandainya kejadian itu tidak berlaku maka agama Islam akan menyebar luas di bumi Eropah dan di Universiti Oxford, pengajian berteraskan wahyu al-Quran akan menjadi suatu fenomena. Menurut pendapat yang lain, kejadian berkenaan sudah membuktikan kejayaan dan penguasaan agama Kristian ke atas daratan Eropah dan menyekat kemaraan Islam di sana.

Lalu, apakah yang berlaku pada hari itu? Apa yang berlaku pada Syaaban 1317 sehingga ramai ahli sejarah berkeyakinan demikian?

Pada hari itu berakhirnya rentetan peperangan penaklukan daratan Eropah oleh tentera Islam. Pemimpin tentera Islam gagah berani sudah masuk kota Tours, Perancis, Abdul Rahman al-Ghafiqi terbunuh dalam peperangan menurut sejarah Islam disebut Ma'rakah Balath al-Syuhada dan menurut Barat disebut pertempuran Tours atau Poitiers.
Umat Islam menamakannya dengan nama demikian kerana ramai pejuangnya mati syahid sebelum mereka mengundurkan diri daripada peperangan dan tiada niat untuk melakukan sebarang pertempuran pada kemudian hari. ‘Balath’ bahasa Arab bererti ‘istana’ atau ‘lantai.’ Jadi pertempuran itu adalah pertempuran istana kalangan syahid atau ‘lantai-lantai’ untuk mereka. Sedangkan orang Eropah menyebutnya demikian kerana mengambil nama bersempena nama kota tempat pertempuran berlaku.

Abdul Rahman al-Ghafiqi mempunyai cita-cita seperti pendahulu penguasa Islam di Andalus dan utusan Khalifah Umayyah di Damsyik bermula daripada Tariq Ziad, Musa Nushair, al-Samh Malik al-Khaulani hinggalah Anbasah Suhaim al-Kalbi. Al-Ghafiqi mengambil tampuk kepemimpinan pada 730 M. Beliau menyatukan kembali cita-cita awal pemimpin sebelumnya.

Penaklukan seluruh Sepanyol oleh tentera Islam hanya dalam masa tidak lama sudah menunjukkan kehebatan tentera Islam sehingga akhirnya setiap kali berlaku pertempuran antara tentera Islam dan penentangnya raja-raja Sepanyol hanya memerhati bahkan memberi laluan kepada tentera Islam. Justeru ini satu strategik mereka dalam menghadapi tentera Islam kerana menyedari mereka tidak mampu mengalahkan tentera Islam.

Seorang raja yang dihormati di kalangan mereka pernah berkata: “Beta sudah memikirkan secara mendalam perkara ini (tidak melawan tentera Islam) dan beta berpendapat pada masa ini kita tidak perlu menghadapi mereka secara langsung. Mereka adalah pejuang-pejuang yang tinggi mentalnya. Mereka golongan yang memiliki akidah yang kukuh sehingga tak menghiraukan jumlah dan senjata. Mereka mempunyai iman dan kejujuran yang jauh lebih berharga dibandingkan dengan senjata, pakaian perang atau kuda. Kerana itu, lebih baik kita membiarkan mereka; mereka akan terus mengumpulkan harta dan ghanimah (pampasan perang), kemudian mereka membangun rumah dan istana serta berupaya untuk memperbanyak memiliki budak hamba lelaki mahu pun perempuan; dan akhirnya kita akan lihat mereka akan saling merebut kekuasaan. Pada saat itu, kita boleh menakluk mereka dengan mudah tanpa banyak pengorbanan.”

Inilah yang berlaku ke atas tentera pimpinan Al-Ghafiqi. Menurut ahli sejarah Islam, Perang Uhud pada zaman Rasulullah SAW berulang lagi dalam pertempuran Balath al-Syuhada. Kalangan pejuang ‘silau mata’ dengan melimpah ruahnya pampasan perang itu sehingga mereka bukan berperang menakluk musuh, tetapi berperang mempertahankan pampasan itu.

Sifat inilah dilihat pimpinan tentera Eropah, Charles Martel. Pada mulanya dia dan tenteranya sudah putus asa akan memenangi peperangan. Tetapi kerana teringat nasihat raja di atas, dia memulakan propaganda bahawa pampasan perang pejuang Islam sudah dimusnahkan.

Propaganda ini berjaya dan membuat pejuang Islam mundur ke belakang untuk mempertahankan ghanimah dan pada masa sama Martel dan tenteranya boleh mengalahkan Abdul Rahman al-Ghafiqi yang masih berjuang dengan gigih bersama segelintir pengikutnya kerana ditinggalkan pejuang yang hauskan pampasan perang ini. Al-Ghafiqi terbunuh, tentera Islam kucar kacir melarikan diri dan tidak pernah kembali.

Inilah sejarah memilukan hati. Kerana harta, prinsip dan cita-cita perjuangan terbantut dan kemenangan tergadai. Di bawah kepemimpinan al-Ghafiqi, selatan Perancis sudah diduduki umat Islam. Seandainya pertempuran Balath al-Syuhada berpihak kepadanya sudah tentu acara meraikan kemuliaan Syaaban sebagai bulan Nabi akan juga dirasai di seluruh Eropah seperti kita merasainya di rantau ini. Seandainya ia berlaku, kita tidak mengenal daratan Eropah Kristian, tetapi Eropah Islam. Bila lagi al-Ghafiqi akan muncul?


"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"

Tuesday, June 1, 2010

0
Komen

.:Serang Facebook:.


--muka depan milatfacebook--


Ini adalah artikel yang berkaitan dengan salah satu laman sosial yang dilancarkan di Pakistan..


atas sebab menghina Rasulullah S.A.W.. ikuti artikel---->





"""ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.
Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.
“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.
Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.
Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.
Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP"""


(Berita Harian 29 mei2010)




Kita dah mempunyai banyak alternatif lain untuk memboikot FB..dalam fikiran saya..kita mesti berubah.....dalam malaysia kita ada www.myfriends2u.com aplikasinya juga hampir sama dengan FB.



"Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam"
"Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
"InsyaAllah"